Faktor Pendorong:
Setelah kita sebutkan mengenai
Ghazwah al-Asyirah di mana Kabilah Quraisy dapat melepaskan diri dari sekatan
Rasulullah, semasa pemergiannya dari Makkah ke negeri al-Syam, bila hampir masa
kepulangannya dari sana ke Makkah, Rasulullah telah mengutus Talhah bin
Abdullah dan Said bin Zaid ke sebelah utara, bertugas mengintip dan memperolehi
maklumat terperinci mengenai hal tersebut, mereka bergerak hingga ke daerah
al-Hawra’, mereka di sana hinggalah Abu Sufian dan Kafilahnya berlalu, mereka
pun segera pulang ke Madinah melaporkan perkembangan kepada Rasulullah.
Kafilah Abu Sufian itu sarat
dengan harta dan barangan penduduk Makkah, terdiri dari seribu ekor unta penuh
dengan muatan dan harta benda, dianggarkan tidak kurang dari lima puluh ribu
dinar emas, pengawal hanya empat puluh orang sahaja. Inilah peluang keemasan yang
harus diambil kesempatan untuk tentera Madinah, dan pukulan tepat pada sasaran
ketenteraan, politik dan ekonomi terhadap musyrikin sekiranya semua harta ini
dapat dirampas dari tangan mereka. Dengan itu Rasulullah mengisytiharkan kepada
kaum muslimin dengan sabdanya yang bermaksud: “Ini dia kafilah Quraisy yang
penuh dengan harta mereka, ayuh keluarlah kamu semoga Allah menjadikannya
sebagai harta rampasan untuk kamu.”
Baginda tidak menggesa sesiapa
pun untuk keluar. Baginda hanya membiarkan perkara ini terbuka secara mutlak,
kerana Baginda tidak pula menyangka akan bertarung dengan tentera Makkah,
sehebat apa yang terjadi di medan Badar itu. Justeru itu, maka sebahagian besar
dari sahabat berada di Makkah, dan mereka mengira Rasulullah keluar itu tidak
lebih dari Sariyah-Sariyah yang lepas, maka sebab itulah Rasulullah tidak
membantah terhadap mereka yang tidak turut bersama.
KADAR KEKUATAN TENTERA ISLAM DAN
PENGAGIHAN PIMPINAN
Kini Rasulullah dalam keadaan
bersedia untuk keluar bersama-sama dengan tiga ratus tiga belas orang (313 atau
314 atau 317 orang) 82 Muhajirin (83 atau 86 orang) al-Aws seramai 61 orang dan
170 orang al-Khazraj, mereka tidaklah begitu bersiap sangat dan tidaklah
membawa peralatan yang selengkapnya, tunggangan mereka hanya dua ekor kuda,
kuda al-Zubair bin al-Awwam dan kuda al-Miqdad bin al-Aswad al-Kindi, manakala
unta bersama mereka hanya tujuh puluh ekor yang ditunggang secara bergilir
untuk dua atau tiga orang, Rasulullah bergilir dengan Ali dan Mirthad bin Abi
Mirthad al-Ghanawi dengan seekor unta.
Rasulullah melantik Ibnu Ummi
Maktum sebagai khalifahnya untuk mengendali urusan Madinah dan solat. Tetapi
setibanya Rasulullah di “al-Rawha” Rasulullah menghantar balik Abu
Lubabah bin al-Munzir untuk mengendalikan urusan pentadbiran Madinah.
Panji pimpinan berwarna putih
diserahkan kepada Mus’ab bin Umair al-Qurasyi al-Abdari, Baginda membahagikan
tentera kepada dua katibah (pasukan):
1. Katibah orang Muhajirin
benderanya diberi kepada Ali bin Abi Talib.
2. Katibah al-Ansar, benderanya
diberikan kepada Sa’d bin Muaz.
Sayap kanan diletakkan di bawah
pimpinan al-Zubair bin al-Awwam, sayap kiri pula di bawah pimpinan al-Miqdad
bin Umar, kedua-dua mereka ini adalah tentera berkuda di dalam tentera Islam
ini. Pemimpin barisan belakang ialah Quis bin Abi Sa’saah, pimpinan tertinggi masih
disandang oleh Baginda sebagai terus agong pimpinan tentera Islam.
TENTERA ISLAM BERGERAK KE ARAH BADAR
Rasulullah bergerak dengan
tenteranya yang tidak bersiap-sedia untuk berperang, sehingga keluarlah dari
kawasan al-Madinah, dan terus berjalan hingga ke jalan utama ke Makkah, hingga
sampai ke daerah al-Rawha, beberapa ketika setelah Baginda melintasi al-Rawha
Baginda tinggalkan jalan ke Makkah di sebelah kiri dan menyusur ke arah kanan
melalui al-Naziyah, ertinya Baginda bertala (menuju) ke Badar di situ Baginda
mengambil jalan ke Badar, darinya Baginda sampai ke lembah Jaza’ yang dikenali
sebagai Rahqan, yang kira-kira terletak di antara al-Naziyah dan segenting
al-Safra’, Baginda melintasi segenting al-Safra’ itu, dari situ Baginda
menjunam hingga sampai ke al-Safra’ dan darinya Baginda mengutus Basis Ibnu
Umar al-Juhani dan Adi bin Abi al-Zaghba’ ke Badar untuk mengumpul maklumat
mengenai Kafilah Quraisy.
PEMBERITAHUAN KEPADA PENDUDUK DI
MAKKAH
Pengedalian kafilah Quraisy ini
sebenarnya di bawah tanggungjawab Abu Sufian sepenuhnya, di mana beliau begitu
berjaga dan amat berwaspada kerana beliau menyakini jalan ke Makkah itu amat
merbahaya, oleh yang demikian beliau sentiasa menghantar pengintip-pengintip
untuk memperolehi maklumat, selain dari itu beliau selalu bertanya setiap
musafir atau tunggangan yang beliau temui di sepanjang perjalanannya itu. Tidak
berapa lama kemudian beliau memperolehi maklumat dari risikannya bahawa
Muhammad s.a.w telah pun mengerah tenaga sahabatnya untuk menawan kafilahnya,
dengan segera Abu Sufian mengupah Dhamdham bin Amru al-Ghifari ke Makkah, di
sana Dhamdham melaung dan meminta bantuan kepada pihak Quraisy untuk menghantar
gerakan penyelamat kafilah mereka buat menghalang Muhammad s.a.w dan sahabatnya
daripada bertindak terhadap harta mereka itu begitulah tindakan Dhamdham kepada
Quraisy dari atas belakang untanya, setelah memotong hidung untanya seterusnya
beliau mengoyak bajunya untuk dikibar-kibarkan kepada Quraisy sambil berteriak:
Kalian Quraisy, celaka dan celaka harta kamu bersama Abu Sufian itu, telah dihalang oleh
Muhammad s.a.w dan sahabat-sahabatnya, aku tak nampak kamu berkesempatan
dengannya, tolong tolonglah !!!
PENDUDUK MAKKAH BERSEDIA UNTUK
BERPERANG
Semua orang di Makkah bersiap
dan bergerak dengan pantas dan mereka berkata: Apakah Muhammad ingat kafilah
kita itu seperti kafilah Ibnu al-Hadhrami? Dengan mudah boleh direbut dari
tangan kita? Tidak!! Demi Allah biar dia tahu bukan semudah itu dia boleh
bertindak. Pihak Quraisy bertindak samada keluar sendiri atau menghantar
penggantinya, untuk keluar mereka telah mengerah tenaga habis-habisan, tidak
seseorang pun dari pemuka mereka mengecualikan diri selain dari Abu Lahab,
namun beliau tetap menghantar pengantinya yang telah berhutang dengannya.
Selain dari itu, mereka juga mengerakkan kabilah-kabilah Arab di sekeliling
Makkah, semua puak turut keluar kecuali Banu Adi sahaja, di mana tidak seorang
pun dari mereka yang turut serta.
KEKUATAN TENTERA MAKKAH
Kekuatan tentera Makkah terdiri
dari seribu tiga ratus (1,300) askar pada permulaan, dengan seratus ekor kuda,
enam ratus perisai, manakala unta terlalu banyak bilangan yang tidak dapat
dipastikan anggaran dengan terperinci. Pemimpin agung mereka ialah Abu Jahal
bin Hisyam, makanan dibekal oleh sembilan orang kenamaan Quraisy, mereka
menyembelih kadangkala sembilan atau sepuluh ekor unta sehari.
PERSOALAN KABILAH-KABILAH BANU BAKR
Semasa tentera Makkah mula
bergerak, Quraisy teringat permusuhan dengan kabilah-kabilah Banu Bakr, mereka
takut kabilah ini akan menikam mereka dari belakang, jadi mereka akan tersepit
di antara dua musuh, hampir-hampir permasalahan ini melemah dan menggagalkan
usaha mereka, tetapi iblis telah menjelma dalam rupa paras Suraqah bin Malik
Ibnu Ja’syam al-Mudlaji, ketua Kabilah Banu Kinanah, dengan menyeru kepada
mereka kalian: Aku adalah penjamin kepada kamu di mana Kinanah tidak akan
menyerang dari belakang kamu, suatu hal yang kamu tidak senang dengannya.
TENTERA MAKKAH BERGERAK
Setelah itu mereka pun bergerak
keluar dari Makkah, sebagaimana yang disifatkan oleh Allah yang bermaksud:
“Dengan penuh lagak sombong menunjuk-nunjuk
kepada orang ramai, serta mereka menghalangi manusia dari jalan Allah. “
(al-Anfal: 47)
Dan mereka mara ke hadapan
sebagaimana yang digambarkan oleh Rasulullah dengan hadis yang bermaksud:
“Mereka mencabar Allah dan RasulNya
dengan segala tenaga dan kekuatan persenjataan mereka.”
Menepati firman Allah yang
bermaksud:
“Dan bergeraklah mereka pada pagi
itu, penuh kepercayaan yang mereka akan berkuasa, bagi menghalang
kaum miskin”.
(al-Qalam: 25)
Langkah-langkah mereka penuh
ta’sub, hasad dengki, dendam kesumat dan iri hati ke atas Rasulullah dan
sahabat-sahabatnya, lantaran para sahabat ini berani mengancam kabilah mereka. Mereka bergerak secepat kilat
ke arah utara menuju “Badar”, dengan melalui “Wadi Asafan”, ke Qadid kemudian
ke Juhfah, di sana mereka telah menerima berita baru dari Abu Sufian yang
menyebut: Sebenarnya kamu keluar ini untuk menyelamatkan kabilah kamu,
orang-orang kamu dan harta kamu, tetapi kini kita telah diselamatkan Thhan jadi
kalian bolehlah pulang.
KABILAH DAPAT MELEPASKAN DIRI
Kisah Abu Sufian dan Kabilah
yang melalui jalan utara itu adalah amat berjaga-jaga dan waspada, beliau
menambah lagi gerakan merisik, sebaik sahaja mereka menghampiri “Badar” beliau mara ke hadapan
mendahului kabilah, di situ beliau menemui Majdi bin Amur, Abu Sufian
bertanyakan beliau mengenai tentera al-Madinah, jawab Majdi: “Aku tidak melihat
seorang pun dari mereka yang diragui, cuma tadi ada dua orang penunggang telah
berhenti di bukit itu, setelah minum air bekalan, mereka pun beredar dari situ”,
Abu Sufian pun segera ke tempat dua penunggang berehat tadi, beliau mengambil
najis unta tunggangan dua orang penunggang yang singgah di situ, kemudian
beliau memecahkan najis dan memeriksanya. Tiba-tiba beliau mendapati najis itu
mengandungi bijian, maka kata beliau: “Demi Allah ini adalah makanan
binatang dari Yathrib, segera beliau kembali ke kabilahnya, dengan itu beliau
memalingkan pergerakan kabilahnya ke arah pantai sebelah barat, meninggalkan
jalan utara ke Badar yang di sebelah kiri. Dengan itu kabilahnya terselamat
dari terjatuh ke tangan tentera al-Madinah, sebab itulah maka beliau mengutus
surat kepada angkatan tentera Makkah, yang mana mereka menerima suratnya itu
semasa tentera Makkah telah berada di al-Juhfah.
TENTERA MAKKAH BERCADANG UNTUK
BERPATAH BALIK DAN KERETAKAN DALAM BARISAN KEPIMPINAN MAKKAH
Setelah tentera Makkah sedang
berada di Juhfah menerima perutusan dari Abu Sufian, mereka pun bercadang untuk
kembali semula ke Makkah, tetapi pemimpin taghut Quraisy Abu Jahal yang
sombong, bongkak dan takbur bangun menyeru: “Demi Allah kita tidak akan pulang
kecuali setelah kita sampai ke Badar, di sana kita akan berkhemah tiga malam,
kita sembelih sembelihan, kita makan sepuas-puasnya, minum khamar, dan kita
berhibur dengan artis-artis penyanyi, sehingga dengan itu kita akan di dengar
oleh bangsa Arab tentang pergerakan dan perhimpunan kita, seterusnya mereka
akan gerun dengan sikap kita itu untuk selama-lamanya”.
Bercanggah dengan Abu Jahal,
al-Akhnas bin Syuraiq telah mengeluar pendapat dan bantahan untuk pulang ke
Makkah, namun mereka tidak bersetuju dengannya, untuk demikian beliau menarik
diri untuk pulang bersama-sama kabilahnya Banu Zuhrah, al-Akhnas merupakan
sekutu Quraisy dan ketua Kabilah Banu Zuhrah di dalam gerakan ketenteraan ini,
lantaran itu tiada seorang pun dari Banu Zuhrah yang menyertai peperangan
Badar, kekuatan mereka lebih kurang tiga ratus (300) orang, Banu Zuhrah amat gembira dan berpuas hati dengan
pendapat al-Akhnas bin Syuraiq itu, hingga dengannya beliau menjadi tokoh
pemimpin pilihanny a yang didengari, ditaati dan dih’ormati.
Banu Hasyim pun hendak pulang
juga, tetapi Abu Jahal berkeras dengan mereka, katanya: “Kamu tidak boleh
bercerai dengan kami, ikut kami hingga kami pulang”. Dengan itu tentera Makkah pun
rnara ke hadapan dengan kekuatan tentera seramai seribu orang askar, selepas
penarikan diri oleh Banu Zuhrah, menuju Badar, angkatan Makkah bergerak hingga
sampai hampir ke Badar, di sebalik guar (tanah tinggi) di lembah “al-Udwah al-Qaswa” bersempadan dengan lembah
Badar.
PENDIRIAN TENTERA ISLAM YANG KRITIKAL
Risikan tentera Madinah melaporkan kepada
Rasulullah s.a.w yang pada ketika itu masih lagi berada di “Wadi Zufran” mengenai kabilah dan angkatan
tentera Makkah, hasil analisa dan perkiraan bahawa pasti sudah tidak dapat
dielak lagi pertumpahan darah. Di dalam suasana ini sudah tidak dapat tidak,
harus mara ke hadapan dan semestinya tidak boleh berundur, kemaraan harus pula
didasarkan kepada keberanian, kecekalan, keperwiraan dan ketegasan, tidak syak
lagi kalaulah dibiarkan tentera Makkah bermaharajalela di daerah ini, ianya
akan menjadi alasan dan dorongan kepada Quraisy untuk terus berkuasa, malah
akan merupakan penerusan kepada kuasa politiknya, di masa yang sama akan
melemahkan kredebeliti umat Islam dan kuasanya, malah mungkin akan
mengakibatkan gerakan Islam akan tinggal badan tanpa roh dan kekuatan, akan
memberi laluan seluas-luasnya kepada segala jenis kejahatan dan hasad kesumat
untuk berbuat apa sahaja terhadap Islam.
Selepas kesemuanya itu,
siapakah yang akan menjamin keselamatan umat Islam, kiranya pihak Quraisy dan
tentera Makkah mara ke Madinah siapa yang akan menghalangnya, pertempuran
mungkin akan berpindah ke pintu masuk Madinah, kemudian mereka akan mara hingga
ke tengah-tengah Madinah sendiri, tidak sama sekali, kalau diandaikan
berlakunya ketewasan kepada tentera Madinah sudah pasti satu kesan buruk akan
menimpa kehebatan kaum muslimin dan maruah mereka.
MAJLIS PERMESYUARATAN
Memandangkan kepada
perkembangan mengejut dan berbahaya ini, maka Rasulullah s.a.w pun mengadakan
permesyuaratan majlis tertinggi tentera, di mana Rasulullah melaporkan
kedudukan terkini, di dalam sidang ini masing-masing mengemukakan pendapat dan
pandangan, lapisan awam dan pemimpin tentera semua turut memberi sumbangan dan
pendapat masing-masing, di saat ini terdapat sesetengah hati bergoncang dan
ketakutan untuk menghadapi pertumpahan darah ini, mereka inilah yang disebut
Allah di dalam firmanNya yang bermaksud:
“Sebagaimana Tuhanmu mengeluarkan mu
dari rumahmu dengan kebenaran jua, sedang sebahagian dari orang-orang yang
beriman itu tidak setuju. Mereka membantahmu tentang kebenaran
berjihad setelah nyata, seolah-olah mereka dihalau kepada kematian yang
sedang’mereka lihat”.
(al-Anfal: 5-6)
Bagi pihak pemimpin tentera,
Abu Bakar al-Siddiq sendiri berucap dan menegaskan sesuatu yang amat baik,
kemudian Umar bin al-Khattab pun berucap dan menegaskan segalanya adalah amat
baik, disusuli dengan al-Miqdad bin Amru yang menegaskan: “Wahai Rasulullah
teruskanlah sebagaimana yang Allah perlihatkan kepada tuan hamba, sesungguhnya
kami tetap bersama-sama tuan, demi Allah kami tidak akan berkata kepada tuan,
seperti Banu Israil berkata kepada Musa: “Pergilah dikau bersama Tuhan kau, dan
berperanglah kamu berdua kami akan tunggu di sini”. Tetapi kami akan berkata:
“Ayuh maralah dikau bersama Tuhan kau dan berperanglah, sesungguhnya kami
bersama kamu untuk berperang, demi Dia Tuhan yang telah mengutuskan dikau
dengan kebenaran, seandainya kau membawa kami ke “Birak al-Ghimad” nescaya kami bertempur
bersama tuan tanpa menghiraukan apa pun, sehinggalah kita sampai ke sana”. Rasulullah membalas kepadanya
dengan baik di samping berdoa untuk beliau.
Tiga tokoh tadi adalah dari
pimpinan Muhajirin, mereka merupakan majoriti di dalam tentera Islam,
seterusnya Rasulullah ingin mengetahui pendapat pemimpin Ansar pula, kerana
mereka merupakan majoriti terbesar kekuatan tentera Islam, lagi pun kekuatan
tempor terletak pada golongan Ansar, tambahan pula nas Baiah al-Aqabah tidak menuntut
supaya mereka berperang di luar kampung halaman mereka, setelah mendengar
ucapan tiga pemimpin tadi Baginda masih menyebut: Wahai kalian berilah pandangan kamu, lafaz
Rasulullah itu dituju kepada al-Ansar, pemimpin al-Ansar dan pembawa panji,
Sa’d bin Muaz segera menangkapi maksud Rasulullah itu dan terus beliau berkata:
“Demi Allah, bagaikan tuan hamba memaksudkan kami”? Jawab Rasulullah: “Bahkan”.
Sa’d terus dengan ucapannya:
“Sebenarnya kami telah pun beriman dengan dikau ya Rasulullah, kami membenarkan
dikau, kami bersaksi bahawa apa yang kau bawa itu adalah benar, telahpun kami
beri janji-janji dan kepercayaan kami untuk mendengar dan mentaati, ayuh
teruskan wahai Rasulullah untuk mencapai sesuatu yang dikau kehendaki, demi
Tuhan yang mengutuskan tuan hamba dengan kebenaran, seandainya tuan hamba
membawa kami mengharungi lautan nescaya kami harungi, tak seorang pun akan
berkecuali, kami bersenang hati dikau membawa kami untuk menemui seteru pada
esok hari, kami ini jenis bersabar dan bertahan di dalam peperangan, penuh
kepercayaan untuk bertarung dan berhadapan dengan musuh, semoga Allah
memperlihatkan sesuatu yang menyenangkan mata melihat, ayuh bawalah kami ke
hadapan penuh keberkatan dari Allah”
Di dalam riwayat yang lain
menyebut, Sa’d bin Muaz berkata kepada Rasulullah: “Boleh jadi tuan hamba
merasakan bahawa pihak Ansar berpendapat sokongannya kepada tuan hamba hanya di
perkarangan kampung mereka sahaja, di sini hamba menegaskan bagi pihak Ansar
dan menjawab bagi pihak mereka: Ayuh bergeraklah ke mana sahaja, hubungilah
siapa yang tuan hamba suka, putuskanlah hubungan dengan sesiapa yang tuan hamba
suka, ambillah harta kami sesuka tuan hamba, tinggalkanlah kadar mana harta
harta itu kepada kami sesuka hati tuan hamba, sesuatu yang tuan ambil dari kami
itu adalah paling kami senangi lebih dari apa yang tuan tinggalkan, sesuatu
yang tuan perintahkan itu, maka urusan kami adalah ikutan kepada suruhan tuan
itu, demi Allah sekiranya tuan membawa kami untuk sampai di Birak al-Ghimad
nescaya kami turuti. Dan Demi Allah seandainya tuan hamba membawa kami
mengharungi lautan nescaya kami harungi”.
Rasulullah terharu dengan
kata-kata Sa’d itu dan terasa segar dan bertenaga, kemudian Rasulullah bersabda
yang bermaksud:
“Ayuh bergeraklah dan bergembiralah
dengan berita baik, kerana sesungguhnya Allah telah menjanjikan daku salah satu
dari dua kelompok itu, demi Allah sekarang bagaikan daku sedang menyaksi
kemusnahan kaum musyrikin “.
TENTERA ISLAM MENERUSKAN
PERJALANANNYA
Setelah itu Rasulullah pun
berpindah dari Zufran melalui lurah-lurah yang dikenali sebagai al-Asafir,
kemudian Baginda turun ke kampung dikenali sebagai “al-Diah” menyusur ke bawah
meninggalkan “al-Hanan” ke sebelah kanan yang merupakan gua seakan-akan bukit dan
darinya Baginda menuju ke tempat berhampiran “Badar”.
RASULULLAH MENGGERAK OPERASI
PERISIKAN
Rasulullah s.a.w telah
bertindak sendiri bersama temannya yang pernah bersama-sama di dalam gua Hira’
iaitu Abu Bakar al-Siddiq, untuk bersiar-siar di sekitar khemah tentera Makkah,
tiba-tiba mereka bertemu dengan seorang syeikh al-Arab, Rasulullah s.a.w pun
segera bertanya kepada beliau mengenai Quraisy dan Muhammad dengan sahabat-sahabatnya.
Baginda bertanya mengenai kedua tentera itu dengan tujuan merahsiakan diri
Baginda, tetapi jawab syeikh al-Arab itu: “Aku tidak akan ceritakan kepada kamu
berdua kecuali setelah kamu memberitahu daku siapa kamu berdua ini”? Jawab
Rasulullah s.a.w: “Sekiranya saudara memberitahu akan kami beritahu”. Kata
syeikh al-Arab: “Ayuh begitu caranya”, jawab Rasulullah s.a.w: “Memanglah itu caranya”.
Kata syeikh al-Arab: “Cerita
yang ku dengar bahawa Muhammad dan sahabat-sahabatnya telah keluar pada hari
sekian, sekian, sekiranya benar cerita itu mereka sekarang ini berada di tempat
sekian, sekian iaitu tempat tentera al-Madinah sedang berkhemah manakala
Quraisy pula telah keluar pada hari sekian, sekian, dan kalau benar ceritanya
itu maka mereka di hari ini berada di tempat sekian, sekian iaitu tempat
tentera Makkah sedang berkhemah”.
Setelah beliau selesai
menceritakan beliau bertanya: “Dan siapa kamu berdua ini”? Jawab Rasulullah: “Kami ini
dari “Ma”” dengan itu Rasulullah terus beredar, syeikh tadi kehairanan
memikirkan apa dari “Ma” itu apakah dari “Ma” al-Iraq? (atau “Ma” yang bererti
air).
MEMPEROLEHI MAKLUMAT TERPENTING
MENGENAI TENTERA MAKKAH
Di petang hari yang sama
Baginda mengutus lagi risikan-risikannya, semua untuk memungut lagi maklumat
seteru, tugas ini dipertanggungjawabkan kepada tiga pemimpin Muhajirin, Ali bin
Abi Talib, al-Zubair bin al-Awwam dan Sa’d bin Abi Waqqas bersama beberapa
orang sahabatnya yang lain, mereka sampai ke telaga “Badar”, Di sana mereka
terserempak dengan dua orang suruhan Quraisy mengambil air untuk tentera
Makkah, mereka memberkas dua orang pengambil air dan dibawa ke hadapan
Rasulullah, sedang di masa itu Rasulullah tengah bersembahyang, kalian yang ada
di situ memeriksa mereka berdua dan berkata: “Kami pengambil air untuk
tentera Quraisy mereka mengantar kami untuk mengangkut air untuk mereka” namun
orang Islam tidak bersenang hati, kerana mereka mengharapkan mereka berdua itu
orang suruhan Abu Sufian (kerana mereka masih berhasrat untuk menawan kabilah
Quraisy) mereka membelasah kedua-dua orang suruhan itu dengan parahnya, hingga
mereka berdua terpaksa mengaku: “Ya kami ini orang Abu Sufian, dengan itu dua
orang itu ditinggalkan.
Setelah selesai bersembahyang,
Rasulullah berkata kepada mereka sebagai memarahi tindakan mereka itu. Ayuh
bila mereka bercakap benar kamu belasah mereka, tetapi bila mereka mendustakan
kamu, kamu biarkan mereka pula, mereka berdua ini memang bercakap benar,
sebenarnya mereka berdua ini adalah orang suruhan tentera Makkah.
Selepas itu Rasulullah s.a.w
bertanya dua orang suruhan yang diberkas, katanya: “Ceritakan kepada ku perihal
Quraisy”, jawab mereka: “Mereka berada di sebalik bukit pasir itu yang kamu
nampak dekat ”al-Udwah al-Qaswa”. Tanya Baginda lagi: “Berapa
ramai tentera Quraisy itu”. Jawab mereka: “Memang banyak”. Tanya Baginda,
“Berapa bilangannya?” Jawab mereka : “Kami tak dapat mengetahuinya”. Kata
Rasulullah s.a.w: “Berapa ekor sembelihan mereka sembelih setiap hari?” Jawab
mereka berdua: “Sehari sembilan dan sehari sepuluh”. Kata Rasulullah: “Jadi
mereka itu di antara sembilan ratus dan seribu, tanya Baginda lagi: “Siapa di
antara mereka orang-orang kenamaan?” Jawab mereka berdua: “Utbah bin Rabiah dan
saudaranya Syaibah, Abu al-Bukhturi, Ibnu Hisyam, Hakim bin Hizam, Naufal bin
Khuwnilid, al-Harith bin Amir, Tu’aimah bin Adi, al-Nadhr bin al-Harith, Zamaah bin
al-Aswad, Abu Jahal bin Hisyam dan Umaiyah bin Khalaf,” mereka adalah di antara
tokoh Quraisy yang sempat disebut oleh dua orang suruhan Quraisy. Rasulullah berdiri di hadapan
kaum muslimin dan berkata: Itu dia Makkah yang telah datang kelmarin dengan
anak-anak kesayangan dan buah hatinya.
HUJAN TURUN
Di malam itu Allah s.w.t
menurunkan hujan di tempat kaum musyrikin. Hujan turun dengan lebat melumpuhkan
kemaraan mereka, sedang di tempat kaum muslimin pula hujan renyai-renyai
membasahi dan membersihkan badan mereka, mensucikan diri mereka dari noda
syaitan, menetapkan bumi tempat mereka bergerak, mengejapkan pasir, mengukuhkan
tapak kaki mereka, mengemaskan kedudukan strategi mereka dan menambatkan
hati-hati mereka.
TENTERA ISLAM MENDAHULUI KE TEMPAT
PERTEMPURAN YANG STRATEGIK
Rasulullah mengerakkan
tenteranya untuk mendahului kaum musyrikin ke perigi Badar, dan menghalang
mereka dari menawan perairan berkenaan, Baginda mengambil tempat di malam itu
di kawasan terdekat kepada perairan Badar itu. Di masa itu al-Habab bin al-Munzir
selaku pakar ketenteraan, bertanya kepada Rasulullah, “apakah kawasan yang kita
bertempat sekarang ini suatu yang sudah ditunjukkan oleh Allah hingga tidak
boleh kita maju atau ke belakang selangkah pun? Atau apakah ianya sebagai
pemilihan strategi dan taktik?” Jawab Rasulullah: “lanya adalah strategi dan
taktik semata-mata?” Kata al-Habab: “Kalau demikian ya Rasulullah,
lanya bukan tempat yang sesuai, tuan hamba boleh berpindah bersama sekalian
tentera ke perairan kaum musyrikin, kita timbuskan dan musnahkan kolah yang di
tepiannya dan kita bina pula takungan, kemudian dipenuhkan dengan air hingga
dengan itu semasa bertempor nanti kita akan minum manakala kaum musyrikin dalam
kekeringan dan kehausan”, kata Rasulullah (s.a.w): “Kau telah memberi pendapat
yang baik”.
Rasulullah pun segera bangun
dan bergerak dari situ dengan seluruh tentera hingga sampai ke perairan yang
terdekat kepada musuh, di tengah malam mereka menimbus kolam-kolam air dan
membina takungan khusus untuk tentera Islam, yang lain habis ditimbus.
MARKAS PIMPINAN
Sebaik sahaja kaum muslimin
selesai bertempat di sebelah perairan Badar, Sa’d bin Muaz pun mencadangkan
kepada Rasulullah s.a.w supaya tentera Islam membina satu tempat khusus bagi
markas arahan dari Baginda, sebagai persiapan untuk menghadapi kecemasan,
andainya kekalahan sebelum memperolehi kemenangan dengan kata beliau: “Wahai Nabi Allah bagaimana
kami akan membina perteduhan untuk tuan hamba, padanya kita tempatkan
tunggangan Rasulullah dan kami akan mara ke hadapan menemui seteru, sekiranya
dengan bantuan sokongan Allah kita menang maka itulah yang kita harap-harapkan,
tetapi jika takdir kita tidak berjaya, maka Rasulullah boleh menggunakan
tunggangan yang sedang menunggu di mana Rasulullah boleh bersama tentera kita yang
berada di saf belakang, dan musuh tidak sempat mengejar Rasulullah. Sekiranya
kaum muslimin mendapat Rasulullah bersama mereka, mereka tidak akan mundur dari
tuan hamba malah mereka akan mempertahankan Rasulullah atau berbincang dan
berjihad bersama tuan hamba”
Rasulullah menghargai pendapat
Muaz itu dengan baik, sambil berdoa untuknya, tentera Islam pun segera membina
perteduhan di suatu tempat yang tanahnya tinggi di sebelah tenggara medan
peperangan berhadapan dengan arena pertempuran. Seterusnya telah dipilih
sebilangan pemuda Ansar di bawah pimpinan Sa’d bin Muaz untuk mengawal
Rasulullah di perteduhan itu.
MOBILISASI TENTERA DAN SEMBAHYANG
MALAM
Rasulullah memobilisasikan
tenteranya, dan Rasulullah berjalan ke arena pertempuran, sambil menunjuk dengan
tangannya dan bersabda: “Ini tempat kematian si pulan besok Insyaallah, di
malam itu Rasulullah menghabiskan masanya dengan bersembahyang kepada Allah di
tepi sepohon kayu sedang kaum muslimin dapat tidur dengan tenang menanti esok
yang cerah, hati mereka mekar dengan keyakinan, di malam itu mereka berehat
secukupnya, mengharapkan di besok hari akan menyaksi dengan mata kepala mereka
janji-janji Tuhan mereka:
“Ingatlah ketika kamu dilitupi oleh
perasaan mengantuk sebagai satu pemberian aman daripadaNya dan ingatlah ketika
la menurunkan kepada kamu hujan dari langit untuk menyucikan kamu dengannya dan
menghapuskan dari kamu gangguan dari syaitan dan juga untuk menguatkan hati
kamu dan menetapkan dengannya tapak pendirian kamu “.
(al-Anfaal: 11)
Malam berkenaan adalah malam
Jumaat 17 Ramadhan tahun kedua hijrah Rasulullah mula keluar pada 8 haribulan
atau 2 haribulan di bulan yang sama.
TENTERA MAKKAH DI MEDAN PEPERANGAN
DAN PERPECAHAN DI KALANGAN MEREKA
Manakala Quraisy pula di malam
itu berkhemah di al-Udwah al-Qaswa, bila pagi menjelang Quraisy pun berhadapan
dengan Katibahnya serta membawa mereka turun dari bukit pasir itu menuju ke
lembah Badar, beberapa orang dari mereka menuju ke takungan air Rasulullah,
kata Baginda: “Biarkan mereka datang, sesiapa sahaja yang meminum darinya kita
bunuh, kecuali Hakim bin Hizam”, beliau tidak dibunuh malah selepas beberapa
ketika beliau memeluk Islam dan menjadi baik, sehingga kalau beliau hendak
bersumpah semasa dalam Islam, beliau akan menyebut: “Tidak, demi Tuhan yang
menyelamatkan daku di hari Badar”. Setelah pihak Quraisy kembali tenang, maka
dihantarnya Umair bin Wahb al- Jumahi untuk mengesan kekuatan tentera
al-Madinah, beliau menunggang kudanya di sekeliling perkhemahan Islam, selepas
pulang Beliau melaporkan katanya: “Mereka adalah tiga ratus orang, lebih kurang
sekitar itu, tetapi tunggu sehingga aku mengesan apakah mereka ada penyerang
hendap dan mempunyai logistik pembekal? Dengan itu beliau menjelajah ke
tengah-tengah lembah “Badar” dan beliau tidak mendapati apa-apa pun terus
beliau pulang dengan katanya: “Aku tidak melihat apa-apa pun, namun pada hemat
ku di sana bala sedang menunggu kamu dengan seribu kematian, ku dapati
panah-panah di Yathrib membawa kematian yang perih, mereka adalah golongan yang
tiada pembela dan perlindungan selain dari pedang mereka, derni Allah kamu
tidak akan berupaya membunuh seorang pun dari mereka yang berani dibunuh, kalau
dah sebilangan dari kamu ini bertemu ajal, maka tak ada kebaikan lagi untuk
hidup. Ayuh, tiliklah minda kamu”.
Di masa itu, berlaku satu lagi
penentangan terhadap Abu Jahal yang berkeras untuk berperang itu, iaitu usaha
untuk membawa balik tentera Quraisy ke Makkah, untuk mengelak berlakunya
peperangan. Hakim bin Hizam telah menyeru tentera Makkah berpatah balik. Hakim
menemui Utbah bin Rabiah dan menyeru kepadanya: “Wahai Abu al-Walid kamu adalah
salah seorang kenamaan Quraisy dan tokoh disegani percakapan, tidakkah kamu
tahu , aku mengajak kamu kepada satu kebaikan yang kelak akan disebut sepanjang
masa?” Tanya Utbah: “Apa perkaranya wahai Hakim?” Jawab Hakim: “Kau pulang ke
Makkah bersama-sama orang kau dan kau bertanggungjawab juga dengan Amru bin
al-Hadrami sekutu kau itu (yang terbunuh di dalam Sariyah Nakhlah)” Jawab
Utbah: “Aku setuju dan berjanji, Amru adalah sekutu ku dan kau harus
bertanggungjawab dengan pembayaran darah kematian dan kerugian harta bendanya.”
Kata Utbah kepada Hakim bin
Hizam: “Kau jumpa Ibnu al-Hanziliyah (laitu Abu Jahal, al-Hanziliyah adalah
ibunya) aku tidak curiga percanggahan pendapat selaih dari beliau”. Rabiah pun pergi menemui
Quraisy: “Wahai kalian Quraisy demi Allah sesungguhnya tindakan kamu untuk
berhadapan dengan Muhammad itu adalah suatu hal, hal yang harus
dipertimbangkan, demi Allah sekiranya kamu berjaya melawannya, beliau masih
lagi tidak senang untuk melihat muka-muka kamu, yang telah membunuh anak
saudaranya atau anak saudara ibunya atau mana orang dari keluarganya, baliklah
kamu dan biarlah Muhammad dan orang-orang Arab lain berhubungan dengannya,
sekiranya beliau berjaya dengan usahanya itu maka itu juga sebahagian dari
hasrat kamu, kalau tidak demikian beliau masih mendapat kamu dan kamu pula
tidak menghalang apa yang hendak dilakukan oleh Muhammad dan sahabatnya”.
Hakim bin Hizam pula segera
menemui Abu Jahal yang sedang mempersiapkan baju besinya, beliau pun terus
berkata: “Aku ini disuruh oleh Utbah untuk berbuat begini-begini”, jawab Abu
Jahal: ‘Demi Allah Utbah ini sudah terpukau dan besar diri, ketika beliau
menyaksi Muhammad dan sahabat-sahabatnya”. “Tidak!! Demi Allah, kami tidak akan
pulang hinggalah Tuhan menentukan qadarnya di antara kita dengan Muhammad,
biarlah Utbah dengan kata-katanya itu, Utbah telah menyaksi Muhammad dan
sahabat-sahabatnya beserta dengan anak Huzaifan yang sudah memeluk Islam itu
sudah mampu memakan unta yang gemuk lalu beliau pun memomokkan kamu semua”.
Tapi bila mana percakapan Abu
Jahal itu sampai ke pendengaran Utbah: “Demi Allah beliau sudah dipukau dan
besar diri” maka kata Utbah: “Tunggulah dia akan tahu siapa yang bermegah dan besar diri,
akukah atau dia?” Abu Jahal pun bergegas dan bersegera, takut-takut nanti
penentangan semakin menjadi-jadi, selepas dialog itu beliau terus menghantar
orang menemui Amir bin al-Hadhrami, iaitu saudara kepada Amru bin al-Hadhrami yang
terbunuh di dalam pertempuran Sariyah Abdullah bin Jahsy, dengan sebutannya:
“Itu dia Utbah sekutu kau, hendak pulang dengan pengikut-pengikutnya, kau
sendiri menyaksikan kerja kita ini adalah menuntut bela darah terhadap saudara
mu itu. Ayuh bangun carikan mana dia pencabar mu dan pembunuh saudara mu itu”.
Dengan itu Amir pun segera bangun dan menunjukkan punggungnya sambil melaung: “Wahai Amru, semangat kalian
pun memuncak dan bertekad untuk berperang malah mereka yakin peperangan pasti
berlaku”, seruan Utbah kini musnah sudah, demikianlah keberanian mengatasi
kebijaksanaan, tentangan Utbah itu hilang di awang-awangan, tidak sempat
mencapai maksud dan tujuannya.
DUA PASUKAN KINI
BERHADAPAN
Sebaik sahaja kaum musyrikin
muncul dan dua pasukan bertentang mata, Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Ya Allah ya Tuhanku, Ini dia Quraisy
yang telah tiba penuh kesombongan dan bongkak. mencabar Kau, mendusta Rasul
Engkau. Ya Allah, ya Tuhanku berilah pertolongan Mu yang Kau janjikan itu, ya
Allah ya Tuhanku, biarkan mereka musnah di pagi hari ini “.
Rasulullah bersabda semasa
melihat Utbah bin Rabiah yang sedang berada di tengah-tengah kaumnya menunggang
unta merahnya: “Kiranya ada seorang yang baik di kalangan golongan Quraisy maka pemilik
unta merah itulah yang terbaik, itupun sekiranya mereka mentaatinya necaya
mereka mendapat petunjuk.”
Di saat itu Rasulullah pun
bertindak meluruskan dan mengemaskan saf tentera Islam, terjadi satu peristiwa
ajaib, di mana pada masa itu Baginda sedang memegang sebatang kayu buat
membetulkan saf Islam, Rasulullah mendapati Suwad bin Ghaziah terkeluar dari
saf, oleh Rasul, Baginda pun menekan perut Suwad dengan batang kayu tadi dengan
sabdanya: “Suwad betulkan saf!” teriak Suwad: “Sakit Rasulullah. Ini kena balas
balik!”, Rasulullah pun membuka perut untuk dibalas balik hentakkan dengan kayu
tadi dan sabdanya: “Ayuh balas balik”. Apa lagi Suwad pun memeluk perut Baginda
dan mencium serta mengucupnya bertubi-tubi. Sabda Rasul: “Apa yang membawa kau
berbuat begini, wahai Suwad”. Jawab beliau: “Yang terjadi itulah apa yang tuan
hamba lihat itu, Daku nak jadikan itu sebagai detik terakhir untuk ku di mana
kulit ku ini telah penyentuh kulit Rasulullah”. Rasulullah pun mendoakan
sesuatu yang baik untuk beliau.
Setelah selesai mengemas saf,
Baginda memerintah tenteranya supaya tidak memulakan peperangan, sehinggalah
mereka menerima arahan yang terakhir, kemudian sekali lagi Baginda memberi
arahan khusus mengenai peperangan dengan sabdanya yang bermaksud:
“Sekiranya mereka itu berduyun-duyun,
panahlah mereka, tetapi berhemat dengan anak-anak panah kamu dan jangan
hunuskan pedang kamu kecuali bila mereka membanjiri kamu, lepas itu Baginda
pulang semula keperteduhan khusus bersama Abu Bakr”.
Ada pun kaum musyrikin telah
disuarakan oleh Abu Jahal dengan perhimpunannya, Ya Allah ya Tuhanku itu dia
orang yang memutus hubungan kami, yang membawa angkara yang belum pernah kami
kenalinya, musnahkan mereka di pagi ini. Ya Allah, ya Tuhan kami tolonglah mana
satu yang tercinta dan tersayang pada Mu di hari ini. Dengan doa ini beliau
telah menghukum dirinya sendiri.
Mengenai semua ini Allah
menurunkan ayat yang bermaksud:
Jika kamu(orang-orang Musyrikin)
mencari keputusan.maka telah datang kepadamu dan jika kamu berhenti itulah
lebih baik bagi mudah jika kamu kembali. Nescaya kami kembali pula dan angkatan
perangmu sekali-kali tidak akan dapat menolak dari kamu sesuatu bahaya.biarpun
dia ‘banyak dan sesungguhnya Allah bersama orang-orang beriman”.
(al-Anfaal: 19)
DETIK TERAKHIR DAN PENCETUS PEPERANGAN
Pencetus pertempuran ialah
al-Aswad bin Abd aI-Asad al-Makhzumi, manusia yang ganas dan buruk pekerti,
telah muncul ke hadapan sambil melaung: “Aku berjanji dengan Tuhan akan ku
minum air takungan mereka, akan ku roboh takungan yang mereka bina dan aku rela
mati untuk berbuat demikian”. Hamzah bin Abdul al-Muttalib pun segera keluar
dan tidak lama kemudian, Hamzah secepat kilat memancung pahanya menyebabkan beliau
terlentang ke belakang dengan tidak memberi kesempatan kepada beliau untuk
sampai ke takungan air, namun beliau terus merangkak ke arah takungan hendak
meminum juga dan untuk menunai juga sumpahannya tadi, tetapi Hamzah sekali lagi
menerkam ke arahnya dengan pukulan maut, hingga tamat riwayat al-Aswad sedang
beliau berada di dalam kawasan takungan untuk meminum juga air dari dalamnya.
PERTARUNGAN SATU LAWAN SATU
Kematian al-Aswad merupakan
pencetus pertempuran, seterusnya tiga jaguh sekeluarga pilihan Quraisy telah
keluar menawar diri untuk dicabar, mereka ialah Utbah, saudaranya Syaibah bin Rabiah
dan al-Walid bin Utbah, mereka telah dijawab oleh tiga pemuda Ansar, Auf,
saudaranya Muaz bin al-Harith (ibu mereka ialah Afra’) dan Abdullah bin
Rawahah, tanya satria Quraisy: “Siapa kamu?” Jawab mereka: “Kami adalah lelaki Ansar.”
Kata Quraisy: “Berpadanan dan setimpal, tapi kami tidak mahu kamu, yang kami
hendak ialah anak bapa saudara kami, dan mereka melaung; Wahai Muhammad
kemukakan kepada kami yang setimpal dari kaum keluarga kami”. Kata Rasulullah:
“Ubaidah bin al-Harith, Hamzah, Ali, bangun”. Mereka pun segera ke hadapan,
bila berhampiran, mereka bertanya: “Siapa kamu semua”, mereka pun
memperkenalkan diri. Jawab Quraisy: “Ya, kamu adalah setimpal dan
bangsawan.”
Mula-mula Abu Ubaidah di antara
yang tertua dari yang ketiga-tiga mereka, tampil ke hadapan melawan Utbah bin
Rabinh, kemudian Hamzah berhadapan dengan Syaibah dan Ali mencabar al-Wahid.
Hamzah dan Ali langsung tidak memberi kesempatan kepada lawannya, malah
kedua-dua lawan mereka terus tersungkur rapat ke tanah dengan pukulan kencang,
adapun Abu Ubaidah dan pencabarnya, masing-masing terkena pukulan lawan,
masing-masing tercedera, Ali dan Hamzah terus menyambar ke atas Utbah lantas membunuhnya.
Mereka memapah Abu Ubaidah, sebelah kakinya terputus. Beliau meninggal dunia di
al-Safra, empat atau lima hari selepas peperangan Badar, iaitu semasa kaum
muslimin berjalan pulang ke Madinah dalam tempoh ini, beliau berdiam diri.
Saidina Ali menegaskan dengan
bersumpah bahawa Ayat yang bermaksud:
“Inilah dua golongan (mukmin dan
kafir) yang berbantahan tentang Tuhan mereka “ .
diturunkan mengenai mereka di
dalam peperangan ini.
PELANGGARAN MENYELURUH
Berakhirnya pertarungan satu
lawan satu merupakan permulaan yang malang terhadap kaum musyrikin, mereka
telah kehilangan tiga tenaga utama dan pilihan wira penunggang kuda, malah
ketiga-tiga mereka adalah di antara pemimpin Quraisy, dengan itu mereka naik
berang, lantas mereka meluru ke arah tentera Islam.
Adapun kaum muslimin selepas
bermunajat memohon pertolongan dari Tuhan mereka, dengan hati ikhlas berjuang
kerana Allah, mereka terus berada di tempat mereka mempertahan serangan
musyrikin, mereka tidak lebih dari bertindak mempertahankan diri, namun mereka
berjaya, menyebabkan pihak musyrikin menerima kerugian yang parah, sambil
melaung: Ahad, Ahad.
RASULULLAH MEMOHON DOA RESTU KEPADA
TUHANNYA
Selepas mengemaskan saf tentera
Islam, Rasulullah kembali ke tempatnya dengan bermunajat dan memohon restu
kepada Allah akan janji-janjiNya yang dijanjikan itu dengan sabdanya yang
bermaksud:
“Ya Allah Ya Tuhanku perkenankanlah
apa yang telah Engkau janjikan, Ya Allah Ya Tuhan ku, aku memohon restu akan
janjiMu itu .”
Hingga apabila peperangan
memuncak, pejuangan menjadi sengit, kancah pertempuran sampai kepenghujungnya,
Baginda sekali lagi memohon doa kepada Tuhannya:
“Ya Allah Ya Tuhanku sekiranya
termusnah kelompok ini di hari ini nescaya Kau tidak disembah lagi, Ya Allah Ya
Tuhanku sekiranya Kau kehendaki, maka Kau tidak akan disembah lagi selepas hari
ini untuk selama-lamanya” .
Rasulullah bersungguh-sungguh
dalam doanya, hingga terjatuh kain serban dari atas bahunya, Abu Bakr terpaksa
meletakannya semula ke atas bahu Baginda dan berkata:
“Dah, cukup wahai Rasulullah
dengan permintaan kau kepada Tuhan mu itu”.
Di masa itu Allah telah mewahyukan
perintahNya kepada golongan malaikatNya yang bermaksud:
“Sesungguhnya Aku bersama kamu maka
teguhkanlah pendirian orang-orang yang beriman. Kelak Aku akan jatuhkan rasa
ketakutan ke hati-hati orang kafir “.
(al-Anfal: 12)
Dan Allah mewahyukan kepada RasulNya
di bumi, Muhammad s.a.w yang bermaksud:
“Sesungguhnya Aku akan menurunkan
bala bantuan kepada kamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut”.
(al-Anfaal: 9)
Ketibaan para malaikat,
menyertai tentera Islam adalah secara berperingkat-peringkat bukan sekaligus.
PARA MALAIKAT TURUN KE BUMI
Rasulullah terlelap dan terlena
sejenak, kemudian Rasulullah mengangkat kepalanya lantas bersabda:
“Terimalah berita mengembirakan ini
wahai Abu Bakar, itu dia Jibrail yang berada di antara debu berterbangan”.
Di dalam riwayat Ibn Ishak
menyebut: Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Terimalah berita yang mengembira
wahai Abu Bakr. Pertolongan Allah telah melewati engkau itu dia Jibrail
memegang kekang kudanya, memecutnya ke hadapan merentas debu-debu yang berterbangan
itu “.
Kemudian Rasulullah keluar ke
hadapan perteduhan dengan mengenakan baju besi dan menyebut ayat yang
bermaksud:
“Kumpulan mereka yang bersatu itu
tetap akan dikalahkan dan mereka pula akan berpaling lari”.
(al-Qamar: 45)
Seterusnya Baginda mengambil
segenggam pasir dan menoleh ke arah kaum Quraisy sambil bersabda: “Musnah kalian semua” sambil melontar pasir itu ke
arah Quraisy, menyebabkan tak seorang pun yang tidak terkena dengan pasir tadi,
malah dengan izin Allah pasir itu terlontar ke telinga, mata, hidung dan mulut
mereka semua. Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud:
“Dan bukanlah engkau yang melempar
ketika engkau melempar. Akan tetapi, Allah jualah yang melempar”
(al-Anfal: 17)
SERANG BALAS
Di masa itu Rasulullah mengarah
tenteranya untuk membuat serangan balas terhadap tentera Quraisy dengan
sabdanya: “Ayuh berkemas” dan merangsang mereka dengan
semangat perjuangan. “Demi Tuhan yang jiwa aku di tangannya tak seorang pun yang
memerangi mereka itu penuh kesabaran, perkiraan dengan Allah dan tidak lari,
kemudian mati syahid kecuali di masukkan Allah ke dalam syurgaNya” dan sabdanya lagi: “Ayuh perolehilah
syurga yang keluasannya adalah seluas petala langit dan bumi” di masa itu al-Umair bin
al-Hammam mendengar kata-kata Rasulullah terus beliau bersuara: “Amboi, Amboi”
demi Allah, aku mengharap diri ku ini salah seorang dari ahlinya” Jawab
Rasulullah: “Kau adalah ahlinya” dengan itu beliau membawa
keluar buah tamar dari uncangan sambil memakan, kemudian beliau menyebut pula,
“Sampai bila hendak makan buah tamar ini, Ini tak boleh jadi” Dengan itu beliau
terus mencampak buah tamarnya itu dan terus beliau bergelut sepenuhnya di dalam
pertempuran hinggalah beliau syahid.
Manakala Auf bin al-Harith Ibni
al-Afra’ pula bertanya Rasulullah dengan katanya: “Wahai Rasulullah apakah yang
mengetawakan Tuhan dari tindakan hambaNya”, jawab Rasulullah: “Seorang yang
bergelut dengan seterunya secara terdedah, baju besi yang dipakainya itu
ditanggalkan dan dicampak buang, hanya menggenggam pedangnya dan terus
berperang hingga jatuh syahid.”
Semasa Rasulullah mengarah
serangan balas pihak seteru sudah pun tidak bersemangat lagi, keaktifan mereka
bertarung pun sudah luntur, tindakan Rasulullah itu paling bijak, ianya telah
memberi kesan yang mendalam pada saf kaum muslimin dan memperkukuhkan kedudukan
tentera Islam, sebaik sahaja mereka menerima arahan membuat serangan, jiwa
mereka membara dan bertambah cergas secergas kaum belia, dengan itu mereka
membuat serangan tubi dan mengganyang barisan seteru seranapnya, pertahanan
Quraisy terbadai bagaikan tikar digulung di sana sini. Kepala-kepala tercantas,
badan-badan terkulai jatuh tertiarap ke bumi, tentera Islam semakin bersemangat apabila
melihat Rasulullah merangsang mereka dengan pakaian baju besi sambil melaung:
“Akan kalah semua kelompok itu dan
akan beredar lari”.
Kaum muslimin
bersungguh-sungguh dan bermati-matian, para malaikat membantu mereka. Dalam
riyawat Ibnu Said dari Ikrimah telah menyebut: Di hari itu ada kepala yang
terpelanting jatuh dan tidak tahu siapa yang mengerjakannya, dan ada pula
tangan jatuh dan tidak tahu siapa yang mengerjakannya dan dua puluh tangan yang
terluka jatuh dan tidak tahu siapa yang memukulnya, Ibnu Abbas pula menyebut:
Di ketika seorang Islam sedang mengasak musuh musyrikin yang di hadapannya
tiba-tiba terdengar rembatan cemeti di sebelah atas dan suara penunggang kuda
melaung: Ayuh, mara ke hadapan, wahai Haizum. Beliau pun memerhati musyrikin
yang di hadapannya, orang lain pun menceritakan kisah yang sama juga, seorang
Ansar telah menemui Rasulullah dan menceritakan sedikit kisah yang sama kepada
Baginda, maka sabda Rasulullah s.a.w: “Memanag benar semuanya itu, dan
itulah bantuan dari petala langit ketiga”. Kata Abu Daud al-Mazani:
“Semasa aku sedang memburu lelaki musyrik belum sempat ku menentangnya
tiba-tlba kepalanya sudah terjatuh, belum sempat lagi pedang ku mengena beliau,
aku sedarlah yang membunuhnya itu bukannya aku, seorang lelaki Ansar membawa
al-Abbas bin Abdul al-Muttalib tawanannya, kata al-Abbas: “Demi Allah bukan
orang ini yang menawan aku, tetapi yang menawan aku seorang lelaki tangkas,
berupa paras cornel menonggang kuda borek, tapi aku nampak dia bersama-sama
kaum muslimin”, kata al-Ansar: “Sebenarnya daku yang menawannya wahai Rasulullah”.
Jawab Baginda: “Senyap, sebenarnya kau telah dibantu oleh Malaikat yang mulia”.
IBLIS MENARIK DIRI DARI KANCAH
PEPERANGAN
Iblis yang menyertai kaum
musyrikin dengan menjelma sebagai Suraqah bin Malik bin Jaksyam al-Mudlaji
telah mendapati kumpulan para malaikat bersama kaum muslimin melawan
musuh-musuh mereka. Kaum musyrikin telah cabut lari, dan berpaling tadah,
al-Harith bin Hisyam yang memegang orang yang disangka Suraqah telah menendang
ke dadanya menyebabkan beliau tersungkur jatuh, kemudian ianya cabut lari,
sedang kaum musyrikin melaung: “Ke mana Suraqah? Tidakkah kau mengatakan yang
engkau membantu kami dan tidak akan berpisah dari kami?” Jawab Iblis: “Sebenarnya aku telah melihat
sesuatu yang kamu tidak melihatnya, aku takut siksaan Allah yang amat pedih
itu, Iblis lari dan mencampak dirinya ke dalam laut”.
KEKALAHAN YANG TERUK
Tanda-tanda kekalahan dan
huru-hara dalam barisan musyrikin sudah mula kelihatan, manakala kaum muslimin
terus membuat asakan bertubi-tubi ke hadapan tentera musuh, pertempuran hampir
sampai ke penghujungnya, beberapa kelompok musyrikin telah berundur dan lari
menyelamatkan diri. Bagi kaum muslimin itulah peluang terbaik untuk mereka
menawan dan membunuh seteru-seteru mereka, hinggalah selesai peperangan dengan
kemenangan di pihak kaum muslimin. Allahu akbar.
KEDEGILAN ABU JAHAL
Setelah Abu Jahal, Taghut
Quraisy terbesar melihat tanda-tanda porak-peranda di dalam barisannya beliau
telah cuba sedaya upayanya untuk berkeras dan menahan arus kemaraan tentera
Islam. Beliau cuba merangsang tenteranya dengan melaung kepada mereka dengan
suara dan sikap yang bengis. Kami tidak akan terkalah
dek penarikan diri oleh Suraqah itu, dia itu ada perjanjian dengan Muhammad,
janganlah kamu gerun kerana kematian Utbah, Syaibah dan al-Walid, malah mereka
semua telah mara ke hadapan lebih awal, demi al-Lata dan al-Uzza kita tidak
akan balik kecuali setelah kita memberkas mereka dengan tali-tali, apakah tidak
boleh dua ribu orang kamu ini membunuh seorang pun dari mereka, ayuh,
musnahkanlah mereka itu sehabisnya, hingga dapat kita mengajar mereka dengan
kejahatan tindakan mereka.
Namun tidak lama kemudian Abu
Jahal dapat melihat hakikat kesombongannya itu, dan tidak berapa lama pula,
barisan musyrikin mula retak dan berpecah di hadapan arus serangan tentera
Islam. Ya! Memang tinggal segelintir sahaja dari tentera musyrikin yang
bertahan di sekeliling Abu Jahal, mereka membentuk satu benteng dari barisan
berpedang dan tombak di sekeliling Abu Jahal, namun kesemuanya itu tidak mampu
menyekat kemaraan tentera Islam, benteng yang dibentuk itu berkecai, dan kepala
Taghut itu menampakkan dirinya.
Kaum muslimin mendapati ianya
sedang beligar dengan kudanya untuk menemui ajal yang sedang menunggunya,
darahnya akan mengalir dari tangan dua orang anak-anak al-Ansar.
KEMATIAN ABU JAHAL
Abdul al-Rahman bin Auf
menceritakan: “Sesungguhnya daku di dalam saf peperangan Badar, bila aku
memerhatikan di hadapan, aku dapati di kiri dan di kananku dua orang belia
masih muda, daku bagaikan tidak berasa selamat terhadap diri mereka”. Salah
seorang dari mereka bertanyakan padaku dan meminta merahsiakan penyataannya itu dari
kawannya yang seorang lagi, katanya: “Pak Cik tunjukkan saya mana dia Abu
Jahal”, jawabku: “Anakku! Apa yang kamu hendak buat dengannya?” katanya pula:
“Saya mendapat tahu yang ianya selalu memaki Rasulullah s.a.w” tambah beliau
lagi: “Demi Tuhan yang nyawa ku di tanganNya, kalaulah aku ternampaknya nescaya
diri ku tidak akan renggang dari dirinya, kecuali kematian sahaja yang akan
meragut mana-mana satu yang lebih segera ajalnya, aku kehairanan dengan
sikapnya itu”. Kata Abdul al-Rahman lagi: “Sekali lagi aku dikerling oleh
pemuda yang seorang lagi dengan isyarat sambil beliau berkata kepadaku seperti
pemuda yang pertama juga, daku pun terus memandang-mandang ke arah Abu Jahal
yang terkial-kial di tengah-tengah orang ramai”, dan ku berkata kepada mereka
berdua: “Kamu tengok tak? “Itu dia orang yang kamu bertanyakan tadi”.
Kedua-dua mereka pun menerkam
dengan pedang ke arah Abu Jahal dan segera menerbangkan nyawanya, terus mereka
pergi menemui Rasulullah dan menceritakan kepada Baginda, lantas Rasulullah pun
bertanya: “Siapa di antara kamu yang membunuhnya? Jawab tiap dari mereka: “Saya
Rasulullah”. Tanya Baginda: “Apakah kamu sudah mengesat pedang kamu?” Jawab
mereka: “Tidak, Rasulullah pun melihat kepada kedua-dua pedang mereka”, maka
sabda Rasulullah s.a.w: “Ya kedua-dua kamulah yang membunuhnya”. Setelah
selesai peperangan Rasulullah pun menyerahkan rampasan perang kepada kedua-dua
pemuda tadi iaitu Muaz bin Amru bin al-Jumahi dan Muawiz bin Afra’.
Ibnu Ishak meriwayatkan bahawa
Muaz bin Amru bin al-Jumahi berkata: “Daku dengar cerita mengenai kaum
musyrikin dan Abu Jahal sedang dikawal rapi, bak pokok besar yang diselaputi
oleh pokok semalu yang rimbun, sukar untuk ditembus benteng pengawalan itu,
beginilah gambaran pedang-pedang dan tombak-tombak yang memagar Abu Jahal”. Mereka
semua melaung: “Abu al-Hakim sukar untuk sampai kepadanya.” Kata Muaz: “Bila
aku mendengar laungan itu, aku terus memberi perhatian dan bertekad untuk
mendapat peluang, sebaik sahaja aku mendapati kesempatan membuat pukulan terus
ku menerpa dan memenggal separuh kakinya, demi Allah tiada bahasa yang dapat ku
gambarkan peristiwa ini selain dari gambaran sebiji keras yang dipecahkan
dengan hentakan kayu hingga berkecai kulitnya itulah gambaran yang dapat
kugambarkan, di masa itu anaknya Ikrimah telah menetak aku dengan pedangnya
hingga terkulai sebelah tanganku yang masih tersangkut dengan kulitku,
peperangan sengit menyiksaku, sepanjang hari itu aku berperang dengan mengheret
tangan ku yang terkulai itu, bila terasa membebankan sangat ku pijak dengan
kakiku hingga ianya tercabut putus dari badanku”. Di masa itu Mu’az bin Afra’,
melalui berhampiran Abu Jahal yang sudah cedera itu, Mu’az pun terus menggasak
Abu Jahal dengan pedangnya hingga terhumban jatuh dan ditinggalkan bernyawa
ikan, sedang Mu’az terus berperang hingga jatuh sebagai seorang syahid.
Setelah selesai peperangan
Rasulullah s.a.w memerintah supaya dicari Abu Jahal dengan sabdanya: Siapa
boleh tengok apa yang dilakukan oleh Abu Jahal, semua orang keluar mencari-cari
Abu Jahal, akhirnya Abdullah bin Masud r.a menjumpainya yang masih bernyawa
ikan, Abdullah meletakkan kakinya ke atas leher Abu Jahal dan memegang janggutnya
untuk memenggal kepalanya dan berkata adakah Allah memalukan kau wahai musuh
Allah?” Tanya Abu Jahal: “Dengan apa dimalukan aku? Tiada sebarang aib pun ke
atas ku, aku tidak lebih dari seorang yang dibunuh oleh kaumnya sendiri. Atau
apakah aku ini lebih dari seorang yang kamu bunuhnya?” dan katanya lagi: “Aku mahu bukan orang bawahan
yang membunuh aku”, dan tanya Abu Jahal: “Hari ini suasana berpihak kepada siapa?” Jawab
Ibnu Masud: “Kepada Allah dan RasulNya?” kemudian beliau berkata lagi kepada
Ibnu Masud yang sedang meletak kakinya ke atas leher Abu Jahal: “Kau sedang
mendaki satu tangga yang sukar wahai si pengembala kambing”. Dan memanglah
sebelum ini Ibnu Masud adalah seorang pengembala kambing di Makkah.
Setelah selesai dailog di
antara mereka ini Ibnu Masud pun memenggal lehernya dan dibawanya ke hadapan
Rasulullah s.a.w seraya berkata: “Wahai Rasulullah, Ini dia kepala Abu Jahal
musuh Allah”, jawab Rasulullah dan Baginda mengulanginya tiga kali kemudian
menyebutnya lagi: “Ayuh tunjukkan daku mana dia jasad Abu Jahal itu”, kami pun
pergi ke tempat jasadnya yang tersadai itu dan menunjukkannya kepada Baginda
dan kemudian Baginda bersabda: “Inilah dia Firaun umat ini”.
PENAMPILAN IMAN DI DALAM PERISTIWA
INI
Sebelum ini telahpun kita
kemukakan dua contoh penampilan iman dan akidah, iaitu Umair bin al-Hamaman dan
Auf bin al-Harith ibni Afra’, di dalam peristiwa Badar ini terserlah
gambaran-gambaran perjuangan yang indah, padanya terserlah kekuatan aqidah dan
kemantapan prinsip, di dalam peristiwa ini si bapa berhadapan dengan si anak,
si
abang berhadapan dengan
adiknya, prinsiplah yang memisahkan mereka dan pedang pula yang menceraikan
mereka, yang tertewas berhadapan dengan yang menang, maka dengannya legalah dan
puaslah perasaan dendam di hati.
1. Ibnu Ishak meriwayatkan dari
Ibnu Abbas menceritakan bahawa Rasulullah telah berkata kepada sahabatnya: “Aku
telah memastikan di mana terdapat beberapa orang dari Banu Hasyim yang
menyertai peperangan bagi pihak Quraisy sebenarnya mereka itu dipaksa, mereka
tidak bertujuan memerangi kita di sini, sesiapa di antara kamu yang berhadapan
dengan mereka janganlah membunuh mereka, sesiapa yang menemui Aba al-Buhturi
bin Hisyam janganlah membunuh beliau dan sesiapa yang menemui al-Abbas bin
Abdul Muttalib janganlah membunuh beliau kerana beliau keluar secara terpaksa”.
Abu Huzaifah bin Utbah pun bertanya: “Apakah harus kami membunuh bapa-bapa
kami, ernak-emak kami saudara-saudara kami dan keluarga kami kemudian al-Abbas
dibiarkan, demi Allah kalau ku berhadapan dengan al-Abbas pasti ku bunuhnya,
atau ku tikamnya dengan pedang ini”. Kata-katanya itu sampai ke pendengaran
Rasulullah (s.a.w) terus Baginda berkata kepada Umar bin al-Khattab: “Wahai Abu
Hafs apakah layak muka bapa saudara Rasulullah dipukul dengan pedang? Kata
Umar: “Wahai Rasulullah, biarkan sahaja daku memenggal lehernya dengan pedang
ku ini, demi Allah beliau itu munafiq”.
Dengan itu Abu Huzaifah
merungut: “Sebenarnya aku terus tidak merasai sejahtera dengan kata-kataku itu
sejak hari ku lafazkan dan ku masih lagi takut dengannya kecuali sekiranya daku
dikifaratkan dengan mati syahid”. Akhirnya beliau dikurniakan dengan kematian
sebagai seorang syahid di medan peperangan di al-Yamamah.
2. Larangan untuk tidak dibunuh
Abu al-Buhturi, kerana beliaulah yang menghalang kaum musyrikin dari membunuh
Baginda semasa di Makkah, beliau tidak pernah menyakiti Baginda dan tidak pula
melakukan sesuatu yang tidak menyenangkan Baginda dan beliaulah orang yang
bertindak membatalkan watiqah pemboikotan Quraisy terhadap Banu Hasyim dan Banu
al-Muttalib.
Namun walau bagaimanapun Abu
al-Bukhturi terbunuh juga (Qada’ dan Qadar), ceritanya: al-Majzar bin Zaid
al-BuIwi telah bertemu dengan Abu al-Bukhturi di dalam kancah peperangan
bersama dengan kawannya yang turut berperang di sampingnya, maka kata al-Majzar
wahai Abu al-Bukhturi sebenarnya Rasulullah telah melarang kami membunuh kamu.
Tanya Abu al-Bukhturi: Dan juga kawan ku ini? Jawab al-Majzar: Tidak! Demi
Allah kami tidak boleh kecualikannya. Jawab Abu al-Bukhturi: Demi Allah kalau
demikian aku mesti mati bersamanya, mereka berdua terus menyerang. Bagi
al-Majzar tidak ada pilihan selain dari membunuh kedua-duanya.
3. Abdul al-Rahman bin Auf
semasa jahiliah adalah kawan kepada Umaiyah bin Khalaf di Makkah, semasa di Badar
Abdul Rahman bin Auf menemui Umaiyah sedang berdiri di samping anaknya yang
bernama Ali sarnbil memegang tangannya, Abdul Rahman sedang membawa baju-baju
best yang telah dirampasnya bila mereka berdua terpandang Abdul al-Rahman,
Umaiyah pun berkata:
Adakah kau perlukan sesuatu
pada aku? Daku ini lebih berharga dari baju-baju besi yang kau tawankan itu,
yang tidak pernah ku lihatnya seperti yang di hari ini, apakah kamu tidak
memerlukan susu-susu?
Maksud Umaiyah bahawa sesiapa
sahaja yang menawannya beliau akan bayarkan harga pembebasan diri
dengan unta-unta yang
mengeluarkan susu-susu yang banyak. Dengan itu Abdul al-Rahman pun mencabut
butang baju-baju besi dan memegang kedua-duanya. Dan Abdul al-Rahman pun
mencerita selanjutnya: Umaiyah telah berkata kepada aku sedang ku berdiri di
antara Umaiyah dan anaknya:
Siapakah orang yang bersemat
dengan bulu burung kasawari di dadanya itu? Jawab Abdul al-Rahman itulah dia
Hamzah Ibni Abdul al-Muttalib, jawab Umaiyah: Dialah yang telah mengganyangkan
kami sepanjang peperangan.
Cerita Abdul al-Rahman: Demi
Allah ketika ku sedang membawa kedua-duanya tiba-tiba Bilal terpandang Umaiyah
yang bersama ku, dan Umaiyah inilah yang menyiksa beliau semasa di Makkah
dahulu. Bilal menjerit:
Kepala kafir Umaiyah bin
Khalaf, kalau orang boleh lepas tapi kau tidak akan lepas, kalau kau hendak
lari di hari ini. Ku melaung: Wahai Bilal mereka ini tawananku. Jawab Bilal:
Tidak lepas kalau hendak lari di hari ini. Kataku:
Tidakkah kau dengar wahai anak
Hitam: Laung Bilal: Tidak lepas kau hendak lari. Beliau melaung
selantang-lantang suaranya: Wahai Pembantu Allah, kepala kafir, Umaiyah bin
Khalaf berada di sini tidak lepas, kalau orang lain lepas tapi kau tidak akan
lepas, kalau hendak lari. Kata Abdul al-Rahman: Mereka semua melingkunginya,
hingga jadi seperti sekepal nasi, aku cuma melindunginya sambung Abdul
al-Rahman lagi: Tiba-tiba seorang lelaki memukul anak Umaiyah dengan pedangnya
hingga terjatuh, di masa itu Umaiyah pun menjerit belum pernah lagi ku
mendengar jeritan seperti itu, dan ku berkata: Ayuh lari dan selamatkan dirimu,
dan sebenarnya tiada tempat baginya untuk menyelamatkan dirinya, demi Allah
tiada suatu pun yang mampu menyelamatkan kau, dengan itti mereka mengganyang
kedua-duanya dengan pedang-pedang mereka hingga selesai, menyebabkan Abdul
al-Rahman berkata: Semoga Allah mengasihani Bilal, baju-baju besi rampasan
perangku telah hilang, dan ku dikejutkan dengan pembunuhan ke atas tawanan ku.
Di dalam kitab “Zad al-Maad” Abdul al-Rahman telah
menyuruh Umaiyah dengan katanya: Ayuh rebahkan dirimu, maka Umaiyah pun me
rebahkan dirinya dan Abdul al-Rahman merebahkan dirinya ke atas Umaiyah buat
melindunginya, namun mereka semua terus memukulnya dari bawah ku, hingga
terbunuh. Menyebabkan kaki Abdul al-Rahman juga terkena tetakan.
4. Di peperangan Badar juga
terjadi di mana Umar bin al-Khattab membunuh bapa saudaranya (Khal: bapa
saudara dari pihak ibunya) al-Aas bin Hisyam bin al-Mughirah.
5. Di dalam peristiwa ini Abu
Bakr al-Siddiq melaungkan kepada anaknya Abdul al-Rahman yang turut bersama
kaum musyrikin dengan katanya: Mana dia hartabendaku wahai si hodoh bedebah?.
Jawab Abdul al-Rahman:
Tiada yang tinggal selain kuda Dan
pedang buat membunuh si beruban tua
6. Setelah kaum muslimin
memegang tawanan mereka, sedang Rasulullah di dalam perteduhannya dan Sa’d bin
Muaz berdiri di pintu mengawal Baginda dengan pedangnya, Rasulullah memerhati
kemuka Sa’d dan mendapat sesuatu yang tidak kena padanya, dengan tindakan kaum
muslimin itu. Sabda Rasulullah: “Nampaknya, bagaikan sesuatu yang tidak kena
pada kau dengannya tindakan mereka itu?” Jawab beliau: “Bahkan Wahai
Rasulullah. Peristiwa Badar ini merupakan kejadian pertama yang ditakdirkan
Allah terhadap kaum musyrikin, aku lebih suka berlaku pembunuhan ke atas orang
musyirikin daripada membiarkan mereka hidup”.
7. Di hari berkenaan pedang
Akasyah bin Mahsan al-Usdi terpatah, beliau pun segera mengadu hal kepada
Baginda, maka oleh Baginda diserahkan kepada Akasyah sebatang kayu, sabda
Baginda: “Ayuh berperanglah kau dengan’benda ini”. Sebaik sahaja beliau
mengambilnya dari Rasulullah dan diacu-acukan dengannya, tak semena-mena, ianya
bertukar menjadi sebilah pedang panjang waja besinya, bermata putih dan tajam.
Beliau berperang dengannya hinggalah Allah memberi kemenangan kepada kaum
muslimin. Pedang itu dikenal dengan “al-A’wn” bererti pertolongan,
pedang itu kekal bersama beliau dengannya beliau menghadiri
pertempuran-pertempuran hinggalah beliau syahid di dalam peperangan al-Riddah
dengan keadaan pedang itu kekal bersama-samanya.
8. Setelah selesai peperangan
Musab bin Umair bertemu dengan saudaranya Abu Aziz bin Umair yang juga telah
turut serta memerangi kaum muslimin, didapatinya sedang diberkas oleh seorang
Ansar maka kata Musab kepada al-Ansar tadi: Kemaskan ikatannya kerana ibunya
seorang hartawan, boleh jadi ibunya akan menebuskannya nanti, maka kata Abu
Azizi kepada saudaranya Musab: Apakah itu pesanan kau terhadap ku ini? Jawab
Musab: Beliau ini saudara ku bukannya kau.
9. Semasa diperintah supaya
mayat-mayat kaum musyrikin dicampak ke dalam lubang, dan diseretnya mayat Utbah
bin Rabiah, Rasulullah terpandang muka anaknya Abu Huzaifah yang dalam keadaan
muram dan masam, sabda Rasulullah: “Wahai Abu Huzaifah! Bagaikan kau merasakan
sesuatu terhadap bapa kau itu”. Jawab beliau: “Tidak! Demi Allah, wahai
Rasulullah, daku tidak merasai tentang kematian ayahku itu, cuma aku ini memang
mengenali bapaku sebagai seorang yang berpandangan luas, kepintaran yang waras
dan kelebihan tak terbatas, sebenarnya ku mengharapkan supaya beliau
dihidayatkan Allah kepada Islam, tapi setelah ku menyaksi apa yang telah
menimpanya, dan kematiannya di dalam kafir, harapan ku musnah sama sekali dan
inilah yang mendukacitakan daku”. Lalu Rasulullah pun mendoakan kebaikan dan
mengharapkan sesuatu yang baik untuk beliau.
QURBAN KEDUA-DUA BELAH PIHAK
Peperangan berakhir dengan
kekalahan yang teruk bagi pihak musyrikin dan pembukaan serta kemenangan yang
menyeluruh bagi pihak muslimin. Seramai empat belas orang telah terkorban
sebagai syahid, enam muhajirin dan lapan al-Ansar. Manakala kaum musyrikin
telah mengalami kerugian harta benda dan nyawa amat parah, terbunuh tujuh puluh
orang dan berpuluh-puluh orang yang lain menjadi tawanan, keseluruhan mereka
adalah lapisan pemimpin, kepala dan ketua.
Sebaik sahaja selesai
peperangan Rasulullah pun tampil ke hadapan memerhati mangsa-mangsa musyrikin
dan sabdanya: “Kamu sejahat-jahat keluargaku terhadap Rasul kamu, kamu mendusta
sedang orang lain mempercayai daku, kamu mengecewakan daku, sedang orang lain
membantu daku, kamu menghalau daku sedang orang lain membela daku”.
Kemudian Rasulullah memerintah
supaya mereka semua dicampak ke dalam lubang pengambusan Badar. Abu Talhah
meriwayatkan bahawa Rasulullah memerintah supaya mencampak empat belas bangkai
pemuda-pemuda Quraisy ke dalam lubang-lubang pengambusan Badar, persemadian
kuncu-kuncu jahat. Selama tiga hari bila baginda melalui di situ. Rasulullah
berdiri di kawasan pengambusan, di hari ketiga Rasulullah ke sana dengan
tunggangannya setelah
menambat binatang
tunggangannya, Baginda berjalan kaki dengan diikuti oleh para sahabatnya.
Rasulullah berdiri ditepi tebing lubang dan Baginda menyeru kepada mereka yang
dikambus di situ serta menyebutkan nama-nama mereka dan nama bapa-bapa mereka:
“Wahai pulan bin pulan, wahai pulan bin pulan, adakah mengembirakan kamu kerana
kamu mentaati Allah dan RasulNya? Sesungguhnya kami mendapati apa yang telah
dijanjikan Tuhan kami itu benar”. Maka tanya Saidina Umar: “Wahai Rasulullah
apakah yang tuan hamba bercakap dengan jasad-jasad yang tidak bernyawa itu?”
Jawab Rasulullah: “Demi jiwa Muhammad di tanganNya. Kamu tidak lebih mendengar
dari apa yang didengar oleh mereka itu”. Dan di dalam riwayat yang lain:
“Kamu tidak lebih mendengar dari
mereka, cuma mereka tidak boleh menjawab”.
MAKKAH MENERIMA BERITA KEKALAHAN
Orang-orang musyrikin lintang
pukang lari dari medan pertempuran, di dalam Jusaha menyelamatkan diri,
masing-masing bertempiaran ke lorong-lorong dan jalan-jalan ditepian bukit
menuju ke Makkah dengan perasaan tidak tahu bagaimana hendak memasuki kota
Makkah, lantaran malu dan merasa aib.
Mengikut cerita Ibn Ishak
dengan katanya: Orang pertama yang cedera sampai ke Makkah ialah al-Haisaman
bin Abdullah al-Khuzai, pihak Quraisy yang berada di Makkah terus menyoal
beliau kata mereka: Apa yang sudah terjadi? Jawab al-Haisaman: Mereka yang
terbunuh ialah Utbah bin Rabiah dan saudaranya Syaibah, Abu al-Hakim bin Hisyam
(Abu Jahal), Umaiyah bin Khalaf dan tokoh-tokoh yang lain yang dilaporkan oleh
al-Haisaman, semasa beliau membilang tokoh-tokoh Quraisy, Sufwan bin Umaiyah
yang sedang duduk di dalam Hajar Ismail menyampuk dengan katanya: Demi Allah
kalau dia masih berakal dan ingat, tanyalah beliau mengenai diri ku ini maka kata
mereka: Apa yang telah dilakukan oleh Sofwan bin Umaiyah. Kata al-Haisaman: Itu
dia orangnya, sedang duduk di dalam al-Hijr, demi Allah sesungguhnya aku telah
menyaksi bapa dan saudaranya ketika mereka dibunuh.
Abu Raf pembantu Rasulullah
menceritakan: Semasa ku sebagai budak suruhan al-Abbas, masa itu cahaya Islam
telah pun menyeluruh hidup kami sekalian Ahl al-Bait, al-Abbas telah memeluk
Islam, juga Ummu al-Fadhl dan daku sendiri tapi al-Abbas merahsiakan
keislamannya. Semasa peristiwa Badar Abu Lahab tidak turut serta, bila berita
kekalahan Quraisy sampai kepadanya beliau memendamkannya, dan kini Allah
memalukannya, sedang kami pula merasai sesuatu kebanggaan dan kekuatan pada
diri kami, aku adalah menusia dhaif. Kerjaku membuat bijana, aku mengukirkannya
di perkarangan telaga Zamzam, demi Allah semasa ku sedang mengukir
bijana-bijana ku di mana Ummu al-Fadhl duduk di sampingku. Alangkah gembiranya
sebaik sahaja kami mengetahui berita peperangan Badar itu, tiba-tiba Abu Lahab
berjalan menyeret-nyeret kakinya dengan niat jahatnya, terus beliau duduk di
atas seketui batu, belakang ku membelakanginya, semasa tengah duduk tiba-tiba
orang ramai meneriak: Itu dia Abu Sufian bin al-Harith bin Abdul Muttalib telah
pun tiba. Maka sahut Abu Lahab dengan katanya: Ayuh mari ke sini, demi jiwa
kau! pasti ada berita. Kata Abu Rafi’: Abu Sufian pun duduk di sampingnya,
orang-orang lain melingkunginya. Kata Abu Lahab: Wahai anak saudaraku cuba kau
ceritakan apa kisah lanjut mengenai semua orang kita itu? Kata Abu Sufian: Apa
yang berlaku, sebaik sahaja kita berhadapan dengan mereka, bagaikan kita
menyerahkan bahu-bahu kita, untuk mereka membunuh kita sekehendak hati mereka,
menawan kita sekehendak hati mereka, demi Allah dalam keadaan demikian aku
tidak dapat mengumpulkan orang-orang kita, dalam keadaan demikian kami
berhadapan dengan lelaki-lelaki serba putih memecut kuda di antara langit dan
bumi. Demi Allah tak suatu pun yang ditinggalkan kesemuanya dikerjakannya.
Kata Abu Rafi’: Aku pun
mengangkat hujung ketul batu yang diduduki Abu Lahab tadi dengan tangan ku
sambil ku berkata: Demi Allah itulah dia yang dikatakan Malaikat. Di masa itu
Abu Lahab pun mengangkat tangannya dan menempeleng mukaku sehabis tenaganya,
aku lawan balik, namun beliau memaut tubuh dan merebahkanku ke tanah dan terus
beliau duduk ke atas sambil memukul dan melanyakkan ku, apa nak buat aku
seorang yang lemah dan dhaif, di ketika itu Ummu al-Fadhl bingkas bangun
memegang seketui batu bujur dan dihentaknya ke kepala Abu Lahab hingga luka dan
meneriak: Kau perlecehkannya di ketika tuannya tak ada di rumah, masa itu Abu
Lahab pun bangun dan beredar dari situ dengan malu. Demi Allah Abu Lahab tidak
sempat hidup lama kerana di hari ketujuh lepas kejadian beliau telah diserang
sejenis kudis bernanah yang memang sial pada anggapan orang Arab, beliau mati
lantaran penyakit tadi, matinya dibiarkan oleh anaknya tanpa dipedulikan,
selama tiga hari tiada siapa pun mendekati atau mengambusnya, namun takut
dikecam oleh masyarakat Arab kerana bersikap sambil lewa itu maka anak-anaknya
pun menggali lubang untuk mengambus, itupun mereka menolak ke dalam lubang
dengan ranting-ranting kayu dan melontar anak-anak batu untuk menimbus lubang
pengambusan dari jarak jauh akhirnya tertimbus juga.
Demikianlah Makkah menerima berita
kekalahan di medan peperangan Badar yang parah itu. lanya memberi kesan yang
amat mendalam di jiwa mereka, namun mereka melarang sebarang teriak tangis
tanda perkabungan untuk mengelak ejekan kaum muslimin.
Di antara cerita-cerita pelik
ialah aI-Aswad bin al-Muttalib yang kehilangan tiga orang puteranya di dalam
peristiwa Badar, beliau suka agar kehilangan mereka itu ditangisi, beliau
seorang yang cacat penglihatan, pada masa itu beliau terdengar suara tangisan
dan ratapan kematian oleh seorang wanita. Beliau menghantar budak suruhannya
dengan katanya: Pergi tengok apakah dibolehkan tangisannya dan ratapan? Adakah
Quraisy telah meratapi di atas kehilangan-kehilangannya? Semoga aku boleh
meratapi ke atas anakku Abu Hakimah, kerana sabariku sudah kehangusan. Budak
suruhan pulang sambil berkata: lanya seorang wanita menangis kerana kehilangan
untanya, Aswad pun tidak tertahan lagi terus meratap dalam madahnya:
Perempuan menangis dek unta
kehilangan
lena tak mengunjung ruang mata kau
pula tak meratapi Bakar kematian
Kan Badar tidak membawa tuah Di Badar
Banu Hasis dan Makhwm
Anak Abu al-Walid menjadi tawanan
Tangislah dek kehilangan Uqail
Asad singa Arab meratapi Harith
Semuanya tiada setara ratapan
Abu Hikmah, tiada bandingan Selepas
kematian kalian mengarah
Tanpa Badar masakan kalian
memerintah.
AL-MADINAH MENERIMA BERITA KEMENANGAN
Sebaik sahaja kaum muslimin
mencapai kemenangan, Rasulullah pun mengutus dua pemberitahu berita gembira
kepada penduduk al-Madinah, buat melapor berita segera
dan terkini mengenai
perkembangan mutakhir di medan pertempuran, Abdullah bin Rawahah diutus kepada
penduduk al-Aliah dan Zaid bin Harith kepada penduduk al-Safilah.
Kaum Yahudi dan Munafiqin telah
menyebar berita-berita palsu, di antaranya berita pembunuhan Rasulullah
(s.a.w). Kebetulan pula seorang munafiqin melihat Zaid bin Harith menunggangi
unta Rasulullah al-Qaswa. Apa lagi mereka pun cepat-cepat menyebar berita
kematian Rasulullah dengan katanya: Muhammad (s.a.w) telah terbunuh, Unta itu
kami kenali, dia kepunyaan Muhammad (s.a.w), si Zaid itu pulang ke Madinah,
kerana kekalahan hingga tidak tahu hendak menceritakan peri ketakutan yang
melandanya. Setibanya dua orang utusan Rasulullah itu, kaum muslimin pun segera
melingkungi mereka dan mendengar cerita-cerita lanjut, dengan itu pastilah
mereka kemenangan yang muktamad kepada kaum muslimin, maka keriangan dan
kegembiraan pun terbayang di setiap wajah, di bumi al-Madinah bergegar dengan
laungan tahlil dan takbir, pimpinan Muslimin yang berada di Madinah keluar beramai-ramai
ke jalan arah Badar, untuk memberi tahniah kepada Rasulullah dengan kemenangan
yang agung itu.
Kata Usamah bin Zaid: Berita
kemenangan kaum muslimin itu sampai kepada kami, setelah kami selesai meratakan
tanah kubur Rokiah binti Rasulullah, isteri Uthman bin Affan (r.a), kerana
Rasulullah memerintah daku mengganti Baginda untuk menjaga puterinya bersama
Uthman bin Affan.
TENTERA RASULULLAH BERGERAK MENUJU KE
MADINAH
Selepas peperangan Rasulullah
tinggal di Badar selama tiga hari, sebelum bergerak pulang berlaku sedikit
perselisihan pendapat mengenai pembahagian harta rampasan, tetapi setelah
perselisihan menjadi parah Rasulullah pun memerintah supaya semua rampasan yang
di dalam tangan mereka dipulangkan semula, mereka semua pun akur dan patuh. Setelah
itu wahyu pun turun bagi mengatasi perselisihan yang berlaku.
Ubbadah bin al-Samit
meriwayatkan: Kami keluar bersama-sama Rasulullah (s.a.w), daku mengikuti
peperangan Badar bersama Baginda, setelah pertempuran berlaku di antara dua
pihak dan berakhirlah peperangan dengan kekalahan musuh Allah, malah sebahagian
tentera Islam terus memburu saki baki musuhnya yang lari bertempiaran,
menyelamat diri masing-masing. Sebahagian yang lain mengumpul rampasan-rampasan
yang ditinggalkan itu, manakala sekumpulan yang lain pula sedang mengeHlingi
Rasulullah mempertahankan diri baginda dari diserang, hingga apabila malam
tiba, semua orang berhimpun di suatu tempat hingga berkatalah mereka yang
mengumpul harta rampasan tadi: Sebenarnya kamilah yang mengumpulkan semua harta
rampasan ini, siapa pun tidak berhak mengambilnya, namun mereka yang memburu
seteru yang lari berkata: Bukan kamu yang lebih berhak dari kami, kerana
kamilah yang memburu seteru habis-habisan dan kamilah yang menghalang mereka.
Maka berkatalah mereka yang mengawal Rasulullah: Kami ini mengawal Rasul kerana
takut-takut baginda diserang oleh seteru. Dalam Suasana begini maka turunlah
ayat Allah yang bermaksud:
“Mereka bertanyakan kamu mengenai
harta rampasan perang. Katakanlah: “Harta rampasan perang itu kepunyaan Allah
dan Rasul, sebab itu bertaqwalah kepada Allah dan perbaiklah hubungan di antara
sesama mil, dan taatlah kepada Allah dan RasulNya, jika kamu adalah orang-orang
yang beriman “.
(al-Anfal: 1)
Dengan ini Rasulullah pun,
membahagikan rampasan tadi di antara kaum muslimin.
Setelah tiga hari Rasulullah di
Badar baginda mengerakkan tentera ke Madinah bersama-sama dengan orang-orang
musyrikin yang menjadi tawanan, mereka dibawa bersamanya harta-harta rampasan
perang, di mana Abdullah bin Kaab dilantik seba&ai amir yang
bertanggungjawab ke atas rampasan-rampa’ian. Setibanya di segenting al-Safra’
Baginda singgah di dataran yang terletak di antara segenting dan al-Naziah, di
situ Baginda membahagikan harta rampasan di kalangan kaum muslimin, setelah
baginda mengambil seperlima darinya.
Bila sampai ke al-Safra’
Baginda (s.a.w) mengarah supaya dibunuh al-Nadr bin al-Harith, beliaulah
pembawa panji kafir musyrikin di Badar, beliau merupakan sejahat penjenayah
Quraisy, sejahat-jahat manusia yang mengecam Islam, dan beliau juga orang yang
menyakiti Rasulullah, beliau dibunuh oleh Saidina Ali bin Abi Talib.
Setelah sampai ke “Irq al-Zibyah” Baginda memerintah supaya
membunuh Uqbah bin Abi Muit, kerana seperti yang telah diperkatakan, beliaulah
orang yang bertanggungjawab menganiayai Rasulullah, mencampak pundi najis
sembelihan ke atas kepala Rasulullah, semasa
baginda bersolat, dan beliau
juga pernah mencekik leher Rasulullah dengan kainnya, hampir-hampir membunuh
Rasulullah, kalau tidak dicelah oleh Abu Bakr, setelah diperintah untuk
dibunuh. beliau merayu: Siapalah yang akan menjaga anak-anak kecil wahai
Muhammad? Jawab baginda: Api menjaganya. Akhirnya beliau dibunuh oleh Asim bin
Thabit al-Ansari, ada pendapat mengatakan Saidina Ali yang membunuhnya.
Hukuman membunuh dua orang
kepala Thaghut ini adalah kemestian dari segi undang-undang perang, kerana
mereka bukan sekadar tawanan perang, malah mereka berdua adalah penjenayah
perang berdasarkan kanun semasa.
PERUTUSAN MENYAMPAIKAN TAHNIAH
Sesampainya Rasulullah (s.a.w)
ke al-Rauha’, Baginda telah disambut oleh ketua-ketua kaum muslimin, yang telah
keluar beramai-ramai untuk memberi tahniah dengan kemenangan ulung itu. Setelah
mereka mendapat berita yang mengembirakan itu dari dua orang utusan yang dihantarkan
oleh Baginda terdahulu. Maka Salmah bin Salamah bertanyakan mereka: Apakah yang
hendak kamu ucapkan kepada kami? Demi Allah, apa yang kau ketemui di sana tak
lebih dari Atok-atok’ yang botak kepalanya, badan seperti unta-unta gemuk.
Ungkapan itu menjadikan Rasulullah senyum riang, sabda Baginda: Wahai anak
saudaraku mereka adalah golongan al-Mala’, golongan atasan.
Dan kata Usayid bin Hadir:
Wahai Rasulullah, al-Hamdulillah, pujian kepada Allah, Dialah Tuhan yang
memberikan kemenangan kepada tuan hamba dan berpuas hatilah dengannya, demi
Allah wahai Rasulullah, sebenarnya tidak nadir ku bersama Rasulullah ke Badar
itu, kerana dalam sangkaan ku tuan hamba tidak akan bertemu dengan musuh tetapi
yang ku sangka ialah Qafilah yang membawa barangan perniagaan, kalau ku tahu
ianya musuh pasti tidak ku lepaskan peluang ini, jawab Rasulullah: Ya kata-kata
mu itu benar.
Setelah itu Rasulullah pun
memasuki al-Madinah sebagai seorang yang memperolehi kejayaan dan kemenangan,
kini baginda ditakuti musuh-musuh di sekeliling al-Madinah, ramai pula orang
Madinah memeluk Islam, malah Abdullah bin Ubai dan pengikutnya pun memeluk
Islam secara zahir.
Tawanan perang memasuki
al-Madinah sehari selepas Baginda sampai, mereka dibahagi-bahagikan di antara
sahabat baginda, semasa pembahagian baginda berpesan supaya bertindak baik
terhadap mereka, di masa itu para sahabat memakan tamar sedangkan tawanan
dilayan dan diberi roti mematuhi pesanan Rasulullah (s.a.w).
PERMASALAHAN TAWANAN
Setibanya di Madinah terus
Baginda mengambil pendapat para sahabat mengenai tawanan perang itu. Pendapat
Abu Bakr: Wahai Rasulullah, tawanan ini pada umumnya, mereka adalah anak-anak
saudara dan sanak keluarga, juga taulan, pada pendapat hamba kita berikan
peluang mereka untuk ditebus, hingga dengan nilai yang kita ambil itu akan
menjadi satu kekuatan untuk menentang kuasa kafir. Dan semoga Allah memberi
taufiq dan hidayat kepada mereka nanti, kelak mereka menjadi kekuatan
penyumbang kepada kita. Kata Rasulullah (s.a.w): Apa pula pendapat mu wahai Ibnu
al-Khattab? Jawab Saidina Umar: Pendapat hamba tidak seperti pendapat Abu
Bakar, bagiku dalam sangkaan ku tuan hamba tidak akan bertemu dengan musuh
tetapi yang ku sangka ialah Qafilah yang membawa barangan perniagaan, kalau ku
tahu ianya musuh pasti tidak ku lepaskan peluang ini, jawab Rasulullah: Ya
kata-kata mu itu benar.
Setelah itu Rasulullah pun
memasuki al-Madinah sebagai seorang yang memperolehi kejayaan dan kemenangan,
kini baginda ditakuti musuh-musuh di sekeliling al-Madinah, ramai pula orang Madinah
memeluk Islam, malah Abdullah bin Ubai dan pengikutnya pun memeluk Islam secara
zahir.
Tawanan perang memasuki
al-Madinah sehari selepas Baginda sampai, mereka dibahagi-bahagikan di antara
sahabat baginda, semasa pembahagian baginda berpesan supaya bertindak baik
terhadap mereka, di masa itu para sahabat memakan tamar sedangkan tawanan
dilayan dan diberi roti mematuhi pesanan Rasulullah (s.a.w).
PERMASALAHAN TAWANAN
Setibanya di Madinah terus
Baginda mengambil pendapat para sahabat mengenai tawanan perang itu. Pendapat
Abu Bakr: Wahai Rasulullah, tawanan ini pada umumnya, mereka adalah anak-anak
saudara dan sanak keluarga, juga taulan, pada pendapat hamba kita berikan
peluang mereka untuk ditebus, hingga dengan nilai yang kita ambil itu akan
menjadi satu kekuatan untuk menentang kuasa kafir. Dan semoga Allah memberi
taufiq dan hidayat kepada mereka nanti, kelak mereka menjadi kekuatan
penyumbang kepada kita. Kata Rasulullah (s.a.w): Apa pula pendapat mu wahai
Ibnu al-Khattab? Jawab Saidina Umar:
Pendapat hamba tidak seperti
pendapat Abu Bakar, bagiku kadar dari tiga ribu dirham hingga empat ribu dirham
dan ada kadar seribu dirham, tawanan dari penduduk Makkah menebus secara
mukatabah, menebus diri didasarkan persetujuan dengan tuannya sedang penduduk al-Madinah
tidak sedemikian, malah ada di antara mereka yang tidak dapat membayar tebusan
tetapi diberi pilihan untuk mengajar sepuluh orang anak-anak orang Islam
setelah anak-anak itu mahir maka dibebaskannya. Beberapa orang tawanan telah
dianugerahkan pembebasannya oleh Rasulullah, tanpa pembayaran tebusannya. Di
antara mereka ialah: al-Muttalib bin Hantab, Saifi bin Abi Rifaah dan Abi Uzzah
al-Jumahi.
Manakala Ali bin Abi Talib pula
membebaskan birasnya Abi al-Aas dengan syarat beliau harus melepaskan Zainab,
Zainab pula telah mengirim wang untuk tebusan Abu al-Aas suaminyanya, beliau
menghantar kalungan yang pernah bersama Khadijah dahulu, Khadijah memberinya
semasa perkahwinannya dengan Abu al-Aas, bila Rasulullah terpandangnya, hati
Baginda menjadi lembut, lantarannya Baginda meminta izin para sahabatnya untuk
membebaskan Abu al-Aas, mereka semua pun mengizinkannya. Dan Rasulullah
mengenakan syarat kepada Abu al-Aas iaitu supaya membebaskan Zainab, di mana
beliau pun menepati janjinya, menyebabkan beliau turut berhijrah, bertepatan
dengan hijrahnya, Rasulullah mengutus Zaid bin Harith dan seorang dari
al-Ansar, pada mereka Rasulullah berpesan:
Kamu tunggu di ”Batn Ya’jaj” sehingga Zainab melewati
kamu dari sana iringilah beliau ke Madinah, mereka berdua pun keluar hingga
dapat bertemu dengan Zainab dan membawanya pulang. Kisah hijrahnya panjang dan
menyedihkan.
Di antara yang tertawan ialah
Suhail bin Amru, beliau merupakan ahli pidato yang petah, kata Umar:- Wahai
Rasulullah: Cabutkanlah dua batang gigi depannya, maka akan terjelirlah
lidahnya hingga dengan itu beliau tidak berupaya lagi untuk membuat rapat umum
menentang Rasulullah (s.a.w), tetapi Rasulullah menolak permintaan Umar itu,
kerana baginda tidak mahu mencacat hina tawanan dan mengelak dari balasan Allah
di akhirat.
Saad bin al-Nu’man telah keluar
ke Mekah untuk menunai umrah, namun beliau telah ditahan oleh Abu Sufian,
sedang anaknya Amru bin Abi Sufian menjadi tawanan, dengan itu mereka
melepaskan anaknya Amru menyebabkan Abu Sufian pun membebaskan Saad.
AL-QURAN BERBICARA SEKITAR PEPERANGAN
BADAR
Di sekitar tajuk peperangan
Badar ini Allah menurunkan surah al-Anfal, surah ini merupakan huraian lanjut
Ilahi – (sekiranya ungkapan ini sah disebut) mengenai peristiwa Badar, ulasan
yang amat berlainan sekali dengan ulasan yang biasa dibuat oleh raja-raja atau
pemimpin-pemimpin selepas sesuatu kemenangan.
Allah (s.w.t) menarik perhatian
kaum muslimin, pertamanya mengenai kecuaian-kecuaian dan beberapa kekurangan
akhlak susila yang masih menjiwai mereka, ini adalah di antara yang terpamer
keluar pada tindakan-tindakan mereka, semoga dengan pernyataan Ilahi ini mereka
dapat memperbaiki dan mentazkiahkannya.
Disusuli pula dengan
perbicaraan langsung kepada kemenangan yang mendapat bantuan dari Allah dan
sokongan-sokongan ghaib kepada kaum muslimin sekalian, Allah menyebut semua ini
agar mereka tidak tertumpu dan terpesona dengan keberanian dan kehandalan
mereka, akhir nanti mereka terasa bongkak dan sombong serta takbur. Malah agar
mereka bertawakkal dan berserah serta mematuhi Allah dan RasulNya (a.s).
Kemudian al-Quran menjelaskan
kepada mereka matlamat dan tujuan mulia mereka yang Rasulullah harungi ke
kancah pertarungan yang penuh dramatik lagi mengagumkan. Allah (s.w.t)
menunjukkan kepada mereka perangai-perangai dan akhlak-akhlak susila yang boleh
membawa kepada kemenangan di dalam pertempuran tadi.
Kemudian Allah menujukan
khitabNya(seruan) kepada golongan musyrikin munafiqin Yahudi dan
tawanan-tawanan perang dengan memberi nasihat yang berkesan, menunjukkan mereka
supaya menyerah dan tunduk kepada kebenaran.
Setelah itu Allah menunjukkan
khitabNya kepada kaum muslimin mengenai persoalan rampasan, Allah menetapkan
kaedah dan prinsip persoalannya.
Seterusnya Allah menetapkan
landasan dan disiplin peperangan dan keamanan, kerana masa sudah menuntut hal
demikian, oleh kerana dakwah Islamiah sudah memasuki fasa dan marhalah yang
memerlukankannya, agar peperangan-peperangan orang Islam berbeza dari
peperangan orang jahiliah, supaya orang Islam dapat memperlihatkan nilai-nilai
akhlak mulia dan norma-norma susila yang unggul, hingga dengan itu akan
terbukti kepada dunia bahawa Islam bukan sekadar teori semata-mata, malah Islam
membudayakan penganut-penganutnya dengan disiplin-disiplin dan prinsip-prinsip amalan
seperti mana yang diserukan kepadanya.
Setelah semua itu barulah
al-Quran meletakkan akta-akta dan butir-butir perundangan negara Islam yang
memuat garis pemisah dan perbezaan di antara orang-orang Islam yang tinggal di
dalamnya dan orang-orang Islam yang tinggal di luarnya.
Dalam tahun kedua hijrah
difardukan puasa Ramadhan dan zakat fitrah. Padanya juga dijelaskan kadar nisab
zakat-zakat harta lain, tugasan mengeluarkan zakat fitrah dan penentuan kadar
zakat-zakat lain merupakan jalan keluar untuk meringankan bebanan yang
ditanggung oleh sebahagian besar kaum Muhajirin, di mana mereka ini adalah
golongan fakir yang tidak berkemampuan untuk bergerak di bumi Allah ini.
Seperti satu kebetulan yang
direncanakan Allah di mana hari raya pertama yang disambut oleh umat Islam
awal, dalam sejarah hidup mereka ialah Syawal tahun kedua hijrah, iaitu selepas
kemenangan muktamad umat Islam di dalam peperangan Badar. Betapa indahnya hari
raya yang membawa seribu satu kebahagiaan terhadap anugerah Allah (s.w.t) kepada
hambaNya, selepas satu perjuangan yang mereka hadapi dengan penuh semangat yang
gigih, betapa indahnya pemandangan sembahyang raya fitrah, kesemua keluar dari
rumah masing-masing di pagi hari dengan laungan takbir tahmid dan tauhid
bergema di angkasa al-Madinah, hati-hati mereka mekar dengan rindu dan cintakan
Allah Rabul al-Jalil, cintakan kepada keredhaanNya dan rahmatNya setelah
dilimpahi dengan nikmat-nikmatNya yang tak terkira itu di samping sokonganNya
dan pertolongan yang amat diperlukan itu, untuk itu maka al-Quran
memperingatkan mereka yang bermaksud:
“Dan ingatlah ketika kamu sedikit
bilangannya serta tertindas di bumi, kamu takut orang-orang mencoiek kamu, maka
Allah memberi kamu tempat bermastautin dan diperkuatkan kamu dengan
pertolonganNya serta dikurniakan kamu dan rezeki-rezeki yang baik-baik supaya
kamu bersyukur”
(al-Anfaal: 26)