Sebuah riwayat yang berkait dengan Syeikh Abu Hassan Al-Syatiri RA.
Pernah pada suatu hari beliau membawa ketiga muridnya berjalan-jalan.
Di tengah jalan ketiga muridnya bertanya,"Wahai guru kami, kamu selalu mengajarkan kepada kami bahawa Allah itu'Ala Kulli Shay'in Qadeer'Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Sekarang kami ingin agar supaya kekuasaan Allah itu bisa kami lihat buktinya. Mintalah kepada Allah sesuatu yang kami inginkan."
Syeikh Abu Hassan Al-Syatiri RA mengatakan,"Bersabarlah kalian."
Tetapi ketiga-tiga muridnya tetap juga memaksa. Kemudian, Syeikh Abu Hassan Al-Syatiri RA meminta kepada ketiga muridnya untuk mengumpulkan batu-batu kecil. Setiap murid mengumpulkan batu-batu kecil sehingga ada 3 kumpulan batu kecil.
Kemudian Syeikh Abu Hassan Al-Syatiri mengangkat tangannya dan berdoa, begitu juga dengan ketiga muridnya.
Berubah batu itu menjadi emas. Selepas batu itu bertukar menjadi emas, kemudian ketiga muridnya mengatakan,"Wahai guru, disinilah tempat berhentinya perjalanan kami."(maksudnya ketiga murid syeikh ini belajar dan menghadiri majlis-majlis ta'lim tujuannya adalah mencari dunia. Di dalam hatinya tiada cinta kepada Allah tetapi cinta kepada dunia)
Syeikh Abu Hassan Al-Syatiri RA meneruskan perjalanannya dan ketiga muridnya tidak mengikuti gurunya. Begitu selesai ternyata ketiganya lapar.
Kemudian berkata salah seorang daripada ketiga murid itu,"Kita lapar, kita harus beli makanan. Kalau begitu kita harus mengutus salah seorang daripada kita untuk membeli makanan."
Yang lain berkata,"Baiklah. Kita tidak mempunyai wang, ambillah satu batu dari batu-batu kita untuk membeli makanan."
Salah seorang daripada mereka mengambil batu dan kemudian mencari kedai yang dekat untuk membeli makanan.
Yang mencari makanan ini berfikir,"Kalau seandainya aku membeli makanan untuk berdua temanku yang aku tinggalkan dan makanan itu aku campur dengan racun, pasti mereka berdua akan mati dan aku bisa mendapatkan kekayaan yang lebih besar, semua emas mereka akan aku miliki."
Dua murid Syeikh Abu Hassan Al-Syatiri yang tertinggal berfikir yang sama. Mereka bermusyawarah untuk melakukan kejahatan, mereka mengatakan,"Seandainya teman kita nanti datang membawa makanan dan kita bunuh dia maka kekayaan (emas) dia akan kita bahagi menjadi dua."
(Orang yang dihatinya ada cinta kepada dunia, akan mahir berbagai macam perbuatan yang tidak baik yang bertentangan dengan nilai-nilai kemanusiaan)
Kemudian terjadilah apa yang dirancangkan, pulanglah yang membawa makanan lalu dibunuh oleh kedua temannya dan makanan yang dibawa kemudian dimakan oleh keduanya maka matilah kedua murid itu oleh kerna racun yang dicampur ke dalam makanan.
Ketiga-tiganya mati dihadapan emas-emas atau dunia yang mereka miliki.
Tidak terlalu lama kemudian, Syeikh Abu Hassan Al-Syatiri kembali dari perjalanannya dan melihat ketiga muridnya dalam keadaan mati dihadapan dunia yang mereka cintai.
Dan keluarlah dari mulut Syeikh Abu Hassan Al-Syatiri,"Cinta dunia adalah merupakan pangkal dari segala kerosakan."
"Ya Allah, anugerahkan kepadaku cinta-Mu dan cinta orang-orang yang mencintai-Mu, dan amal perbuatan yang mendekatkan aku kepada cinta-cinta itu."
Dikisahkan oleh Prof Dr. Al-Habib Umar Ibrahim As Seggaf
اللهمَّ صلِّ على سيِّدنا محمَّد وعلى آلِه وصحبِه وسلِّم

No comments:
Post a Comment